Tuesday, March 8, 2011

gud luck semua


hari ni mula exam penggal pertama

dorang berempat ni adalah anak kazen² saya. kira depa ni pangkat dua pupu sesama  dorang. antara 4 orang tu, danish je yg paling besar, darjah 5. yang lain tu semua sebaya, darjah 3. danish dan haziq tu adik beradik. depa ni semua tuisyen satu tempat. ni gambar masa ai ikut kak sue jemput syafiq. nah.. sekali turun 4 pupu ni, huru hara keadaan. depa ni kalu berjumpa, amek... perang dunia ke berapa pun tak tau. abaikan bapak budak yg tumpang glakmer kat  belakang tu. hehehe... tu papa danish dan haziq.

tak ketinggalan, kakak yaya yang jugak pertama kali amek exam penggal. dia darjah satu tapi mcm dah darjah 5 kekdahnya. tumbesaran dia memang lain mcm. hehehe... moga korang semua buat yang terbaik. ingat pesan yong, sape the best, yong akan bg hadiah atau wang tunai. 

pagi tadi dah msg pada semua dan ai sempat call syafiq dan yaya je. dah pesan banyak kali, sblm mula baca bismillah dulu, minta Allah terangkan hati, pahamkan soalan sebelum jawab, kesian kat ibu dan abah yang cari duit bagi korang sekolah, p tuisyen bagai dan bla bla bla... cam biasa, aku plak yang emo lebih, hahaha... tu belum anak sendiri. cet.. murah air mata la aku ni.

gud luck juga pada anak² yu ollsss yang menduduki exam penggal pertama ni. sure perasaan yu ollss gundah gulana kan. mmm... teringin nak berperasaan seperti itu... [renung jauh melihat awan]

25 dok ngomen:

HonEyBuNNy said...Reply To This Comment

wah2...bestnya tgk diorg rapat dengan kazen2..ilanya kazen semua kecil2 lagik..ehheh

ana said...Reply To This Comment

anak ana pun peksa gak minggu nie...harap2 semua berjaya :)

kakcik said...Reply To This Comment

Semoga anak2 itu semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat. :)

♥ Mrs.Eady ♥ said...Reply To This Comment

good luck semua :)

miloais said...Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
miloais said...Reply To This Comment

lambat depa exam
anak2 iols dah habis exam
minggu terakhir bulan 2 hari tu exam

good luck to anak2 sedara NM

azieazah said...Reply To This Comment

Wahhh kanak-kanak Ribena! Meriah gitu.

Ya, hari ini banyak sekolah yg juga mulakan exam Sem 1. Semoga semua mereka diterangkan hati, mudah menjawab dan berjaya.

Sebab pastu dah boleh bercooooootiiiii....!

azzey said...Reply To This Comment

Gud luck juga dari saya...

p/s; HB for u

Fieza79 said...Reply To This Comment

budak berdua tu dh start exam semalam...kita pulak terlebih debarr...risau...

ratusiput said...Reply To This Comment

dh musim exam ye...anak ratu lom lg..baru lepas ujian je skang ni.exam lom lg...

Dee said...Reply To This Comment

tahun depan dee lak berdebar-debar..

Ati Masrif said...Reply To This Comment

samalah dgn anak2 kak ati

lega rasanya...dah seminggu
ulangkaji bersama2...fenat!

ZSqueenbee said...Reply To This Comment

go go power rangers!! pastikan berjaya...kita boleh!! yay!!!

~ yus ~ said...Reply To This Comment

Anak2 akak pun mula exam hari ini.

Betul ke kakak Yaya tu darjah 1, sama dengan Alia saya lah ye, tapi Alia saya tu kecik nonet je..:)

wahida said...Reply To This Comment

tahun depan aku lak join debaran!!

eLLy said...Reply To This Comment

nak wish gak la..

Good luck semua!!!

ieda said...Reply To This Comment

gud luck semua .. sama mcm anak2 akak huhuh .. x sabar lak nak balik umah nak tanye mcm mana exam tadi huhuh

insyaallah dikk akan ada rezeki nanti .. :))

Oasis said...Reply To This Comment

Rindu kenang zaman kanak-kanak dlu. Main game dengan sepupu2 yang ramai. Tapi bila dah dewasa, masing2 dah beranak pinak...nak jumpa setahun skali pun ssh.

Ina said...Reply To This Comment

keh..keh..keh..niez...baru exam kecik..belum spm ...kalau spm...??..kelakar la u ni.

NM02 said...Reply To This Comment

oasis,

mana kamu menghilang? lama menyepi...

NM02 said...Reply To This Comment

ina,

kalu spm... lagi la yong dia ni cuak dan berdebar...

LyNn HaMzAh said...Reply To This Comment

good luck semua...moga dapat jawab semua soalan exam dengan sempurna...

Rinna said...Reply To This Comment

Minggu nie minggu exam tuk budak2 sebelum cuti

akubiomed said...Reply To This Comment

Kecil-kecil sudah dihantar kelas tambahan. Saya sampai ke sekolah menengah tidak berpeluang pergi kelas tambahan lebih belajar sendiri dirumah sahaja

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...Reply To This Comment

semoga anak2 itu bakal menjadi generasi yang pintar suatu hari nanti..

psttt.ternampak FA kat sidebarr!! ohss..saya minat gilerrr kat dia..damn!! so handsomee!!


Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog