Monday, December 13, 2010

tiara beach resort = TBR : part 1

pagi semua.. hari ni monday blues ar. mood mcm tak berapa nak segar skang ni. mungkin sisa letih semalam masih ada dan kemengantukkan begitu kuat ketika ini. huh.. dan oleh sebab itu, saya cuba utk update citer percutian saya dan kak jah ke tbr dua hari lepas.

walaupun tbr tu tak le jauh maner ngan kl.. itu tetap di panggil percutian kan?? hehehe... adoi, nak menaip pun longlai je ni. kak jah plak cuti hari ni. kalu ada kak jah, semangat le skit kot. ok ok... kite teruskan citer tbr ni.

percutian kami di tbr selama dua hari semalam ni telah dirancang lama. tak silap akhir bulan 9 kot. xceli, percutian ini utk menyambut beday kak jah bulan 9... tapi entah le, banyak sangat halangan dan kak jah pun bz ngan becuti ke bandung dan masalah anak dia sakit tu, jadi hasrat tu tertangguh sehinggalah betul² kami jadi jugak ke sane sabtu lepas. hotel yang kami amek ni bukan melalui tbr ye. kami sewa ngan owner yang beli tbr tu. jadiknya, bilik yang kami sewa tu atas orang yang berasingan dan harga bilik kami juga lain. kak jah sewa dengan harga RM160 dan saya RM170. masing² punya bilik lain susun aturnye dan lain² bentuk.

kami bertolak ke tbr sendiri². takde jumpa kat maner² pun. terus jumpa kat tbr je, dan kami sampai dulu. dah amek kunci bagai, kami pun dapat le bilik E-4-3 ni. owner bilik ni tak pasti sapekah dia yang sebenar, tapi yang tukang jaga bilik ni nama dia syawal. syawal tu staff tbr jugak. dia maintenance kat situ. 

oh ya, budak cikenot ni maner leh tinggal. nasib dia dah baik dari demam. 

emm.. ni pertama kali kami menginap di tbr. luas kan...

ada dua ruang, satu ruang tu boleh masuk lagi satu keluarga. ada kipas kat area tu. cuma bawak toto sendiri je la. tv tu boleh pusing ke katil ye. jgn risau. hehehe


amacam? selesa kan. mmg selesa habis le. puas dak syasya belari dalam bilik ni. oh ya, pemandangan bilik kami tak mengadap pool tau. kami mengadap huuuutttaannn.... tak seram pun. hahaha

ni yang syawal sediakan utk kami. kau mcm tau² je akak kaki nes kan syawal. bagus bagus.. hehehe.. kak jah cakap bilik dia tak de mcm ni tapi bilik dia siap ada sejadah dan telekung lagi. bagus idea owner bilik dia ek. besar pahala.. alhamdulillah.

sementara tunggu kak jah sampai, kami posing la dulu dalam bilik ni. mcm² gaya ada tp tak sampai hati nak masuk dalam n3. hahahaha... tak bleh bla punya ayat.


ok lah, silalah bersabar kalu mau tau citer seterusnya. dah tak tau nak susun ayat dah ni. otak kawe blur plak skang ni. tunggu sambungannya nanti...

 UPDATE!
dah ada yang tya no tepon si syawal tu. ni no dia ye.
SYAWAL : 017-646 4474

28 dok ngomen:

imz said...Reply To This Comment

selesa tgk biliknya...

Mrs.Eady said...Reply To This Comment

waaahhh....bg skit no tel org tuh!nak pg bln 1 ni atau bln 2 nie.bleh?

NM02 said...Reply To This Comment

imz,

mmg teramat selesa

NM02 said...Reply To This Comment

mrs. eady,

sila tgk balik n3 tu. saya update no tepon syawal

wardah said...Reply To This Comment

tq auntie gebus. boleh lah kitorang call dia pula. overall ok tak kak?

NM02 said...Reply To This Comment

wardah,

ok sangat. kalu fie betul2 jadi pegi under syawal ni, fie stime ngan ngan kak ena dulu tau. nnt ai bagi tau cara2 nak amek kunci tu.

a.samad jaafar said...Reply To This Comment

nanti paparkan gambar kat sekitar tempat tu pulak ye.. nak jugak tengok..

NM02 said...Reply To This Comment

samad,

baiklah....

Fieza79 said...Reply To This Comment

selesa je bilik tu...nape tk ajak fieza sekali...huwaa

NM02 said...Reply To This Comment

fieza,

ala... nak ikut ker? hehehe... ok, nnt suatu hari kita jumpa eh. ajak kak jah tu sekali. baru gempakkk.

deal?

miloais said...Reply To This Comment

sudah upgrade ye...
iols pegi... tahun berapa ye... dah lupa... banyak lipas...

may be akan pegi lagi
sebab nampak dah ok jer...

LyNn HaMzAh said...Reply To This Comment

bestnya lepak kat sana dgn family...

NM02 said...Reply To This Comment

miloais,

kat bilik kami takde plak lipas. eem... mungkin sebab miloais manis sangat ni.. tu yang lipas suker dtg dekat. hehehe

NM02 said...Reply To This Comment

lynn,

best gak la.. layankan budak cikenot tu le..

SafaRi09 said...Reply To This Comment

luasnyer bilik.best...best

Mata Hati said...Reply To This Comment

selesa jugak bilik ni.. design pun comel jer

NM02 said...Reply To This Comment

safari,

mmg luas gilersss... syok kalu main larik2 ngan pasangan. uppsss.... hehehe

NM02 said...Reply To This Comment

mata hati,

katil tu leh rapatkan kalu mau. jgn risau yeeee... kikikiki

eLLy said...Reply To This Comment

cantekk dan luas memang sesuai untuk saiz mcm kita nie .. oooppsss

NM02 said...Reply To This Comment

elly,

auuww... kelas komen yu. ai likeee.. hehehe... kita ni spisis gebus ala2 manja gitu ek.. hahaha

..::SangRatoo::.. said...Reply To This Comment

wah...besh tak mama sherry?kitorang pun plan nak ke sana..tapi tgh tunggu "orang sakit" sembuh dan masuk keje..heheh..

NM02 said...Reply To This Comment

mama jue,

oo... korang nak p ngan geng2 korang eh. fie pun ada tya tu. emm... best le utk anak2... kat situ meriah sebab ramai orang.

eh, aini tak masuk keje lagi ker? mmm... nnt kim salam kat dia lagi eh.

[-suziey-] said...Reply To This Comment

kt pn pnh stay kt suite ni..mmg luas giler..

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...Reply To This Comment

wo.. beso gak bilik die ek??
hotel ke apartment tu?
tingin nak pi gak r, tgk dr gambo kengkawan best aje tempat die..
nnti kalo ai nk pi, kena refer awak la ekk.. mitak no. kontek yg awak sewa tu, bleh??

☆ lieya latif ☆ said...Reply To This Comment

wah bestnye.....anak dare u pun kemain suke lagi yeak....dpt jalan2....mcm anak lieya laa asek2 bising nak dok hotel...budak2 skrang ni demand heheheehehe......selesa tbr nie...lieya pun bekenan.....

NM02 said...Reply To This Comment

suziey,
best kan....

NM02 said...Reply To This Comment

leily,

no tu ada kat n3 tu. sila rujuk balik eh. tak pun, nnt kalu betul2 nak p, msg kita kat ruang chat tu tau.

NM02 said...Reply To This Comment

lieya,

mmg pun.. budak2 skang ni asyik nak tido hotel jek. sebab dapat main air la katakan.. hehehe

eh.. congrats ye ngan org baru dalm pewut tu.