Monday, November 22, 2010

kota keriangan - genting highland - part 1

jumaat lepas ai ngan en. suami amek cuti rehat. saje, cuti nak perabih duit lagik. kali ni kami mendaki bukit plak. bukan daki pakai kaki ye, tapi naik kete. hehehe... alah, bukan kemana pun... dekat je ngan umh kami. pejam celik dah sampai.

kegembiraan disana kami kongsi bersama ali [adik en. suami] dan isterinya zu. juga anak mereka aina dan kami bawak bersama anak cumel kami si syasya tu. harus, mane leh tinggal.. nnt paklongnya tak senang duduk. 

ali park kete kat umh kami, dan kami naik genting ngan kete evo en. suami. mula plan nak naik sampai goh tong dan naik cable car. pastu nasib baik kak izan ada bagi tau yg cable car tutup sampai 22hb. entah camner, kami saje try naik goh tong, mana tau dorang dah habis repair ke kan. nampak cable car dok gerak, so kami pk dah selesai le kerje² baikpulih. 

ok, terus cari parking. dah wat kuar stroller, dah punggah beg, dah siap turun p kaunter tiket, alih² cable car masih dalam proses kemaskini. adoi.. nape tak tampal notis cik kak. tak le kami beriya masuk parking. letih ar... cuba letak notis kat pintu utama tu, kan senang. terpaksa la naik ke atas ngan kete jugak. adoi.. seram gak la, lama tak daki bukit tinggi tu. last kami p ngan mini kuper ai tu. masa turun balik, dia wat hal.. break tak makan. nasib le tak jadi ape².

sampai je kat atas.. uu mak ai.. punya la tebal kabus. tgk cuaca pun cam nak hujan. masa sebelum naik tu elok panas terik. tak pe la, dah naik pun.. wat pe nak buang masa. teruskan aje la.

aina, zu, ali, en. suami dan syasya

wajib kan amek gambar kat sini. dah banyak koleksi gambar kami kat sini. 

tumpang kasih sayang kat anak orang.. huhuhu...

ini adalah rate terkini ye. sila amek tau pada mereka² yg kepingin ke sana

kami pegi ari jumaat yakni jatuh hari cuti minggu. bayaran 44 hengget utk seorang dewasa. utk kanak², kena ukur ketinggian dulu. nasib syasya tak payah bayar.

genting ni cuti sekolah ke hari biasa ke.. tetap ramai.

korang pernah naik ni? saya?? tidak mungkin buat masa sekarang. en. suami saya pernah naik. adoi.. berani betul dia tu









masa ni cuaca dah sejuk lain mcm. huh... siyes sejuk giler. kesian syasya, saya tak bawak baju sejuk utk dia. ah dia tu, tido dalam ekon pun tak hingin nak selimut. masa kat genting tu, kami semua kesejukkan, dia releks je. ada lagi gmbr, sambung kemudian lah ye.




kak jah tak layan aku hari ni. kecik ati. titik!

15 dok ngomen:

rATu kEBaYA said...Reply To This Comment

seronoknya g ke kota keriangan... rasa nak join je...

Fieza79 said...Reply To This Comment

sonok nyaa...rasa cm di gamit2 je nk pegi huwaaa...last g thn 2007..

myaishahhafiz said...Reply To This Comment

syoknyaaaaaaaaa
lama tak kesana, last pergi awal thun 2008,
masa tu tak tau pun saya nie mengandung, semua mainan kat situ saya main.
nasib baik tak jd apa2 pd kandungan saya.
he he he

NM02 said...Reply To This Comment

ratu kebaya,

jom.. kami pun rasa nak p lagik. tak sempat ke taman coklat dan taman stoberi.

NM02 said...Reply To This Comment

fieza,

ape tunggu lagik.. musim cuti sekolah ni, sonok le bawak anak2 ke sana

NM02 said...Reply To This Comment

myaishahhafiz,

la... nasib baik tak jadik ape2. selalunya kalu benda yg kita tak tahu tu insyaAllah..takkan jadik ape2.. betul tak.

ana said...Reply To This Comment

ana klu naik genting naik ngan kete jer...dh lama tak naik pki cabel car tu...bkn apa ada anak ni susah la rasa nak naik benda alah tu. naik kete senang...hahahaha

eLLy said...Reply To This Comment

Alooo.. im here ;)
eLLy dah tukar link dah ;)
nak panggil ape ye.. Reena boleh?

NM02 said...Reply To This Comment

ana, lebih mudah naik kete sebenarnya kalu ada anak kecik ni. sbb mesti banyak barang nak bawak. kami masa tu pun bawak stroller sebenarnya, tawakal je nak naik cable car tu. last2 tutup. hahaha... padan muker sendirik

NM02 said...Reply To This Comment

elly,

camat bekenalan. hehehe... ha, leh je panggil reena. nak panggil britney pun ok gakss.. hahaha... lawak jek.

[-suziey-] said...Reply To This Comment

waa bestnye g genting..skang dh la musim ujan..lg grrrrr ler kan..ekeke:p

ouh serik btl naik flying coaster itu..pening la sbb kepala kita mcm terhantuk2 kt kusyen yg keras dan busuk tu..hehe

NM02 said...Reply To This Comment

suziey,

busuk ker? hehehe... kita tak berani wak. mana tak busuk, air liur mcm2 bangsa meleleh... hehehe

Ogy said...Reply To This Comment

lawa2 gambar kt genting ni.....pakai kamera apa ya ?

NM02 said...Reply To This Comment

nikon D60 aje ogy.. ^_^

Anonymous said...Reply To This Comment

Total Control Tinjauan Pemasaran - sepotong Besar rincian yang Anda terima di artikel situs. Berharap aku bisa mendapatkan lebih banyak hal di situs web Anda sendiri. Aku akan tiba lagi.