Monday, July 24, 2017

ramadan dan syawal 2017



budak ni ceria nak sambut bulan puasa, hakikatnya dia tak puasa pon. hahaha.. 

sejak² dh pandai solat ni, asyik ajak solat jemaah bersama. sempat lagi aku tangkap gmbr ni. jgn kecam sis ok. hahaha

awal ramadan aus kena chicken pox. nasib baiklah kena time cuti sekolah. aku cuti kuarantin 5 hari jaga dia. sebu kt rumah sbb tk dapat kuar memana.

hari ke 8 kena chicken pox, dah kering dan sembuh. bawak dia g bazar, sepanjang puasa, daddy aus bukak bazar ngan team laypark corner. aku pun time ni la baru pertama kali tgk dorg nege. kesian daddy, lepas balik keja bekejar plak ke bazar. tapi dia tak penah pun bersungut penat. bagus daddy, puji suami ape salahnya kan. happy kak bie aja dapat jumpa aus.

bff dua ni. aja dan aus berpisah tiada. dorg ni dua pupu, rapat sgt. masa ni tgh tunggu abg syafiq pilih kasut. naper aus.. muka penat mcm puasa je...

yang tak disangka² selang seminggu aku pulak kena chicken pox jangkit dari aus. aku penah kena kecik² dulu tp entah le boleh plak kena balik. aku kena mmg teruk, demam 4 hari, mc 8 hari, terus sambung cuti raya. satu badan penuh mcm kat muka aku tu. siksa dia.. Ya Allah.. Dia saje yang mengetahui. sambung teperap dirumah 2 minggu. makan susah, ulser penuh dlm mulut. nak minum air pun boleh menitik air mata. pedih kesan chicken pox tu sampai nak pijak lantai pun meraung kesakitan. tido malam tak lena, bukan sebab gatal, tapi sakit pedih. 

hari ke 8, pegi rumah mak sebab aus pyer beday. kesian dia pun tk kemana. dok je rumah jaga mami.

happy aus.. kakak, rekal, adik dan putra putri kawan dorg pon ada skali.

sedap kek aiskrim ni, laku keras. licin habes, pandai daddy pilih. 

appment gigi aus, teruk gigi dia berlubang. so kena tampal. aku ikot jugak masa ni, siap pakai mask. hahaha. 

beberapa hari nak raya dh semakin elok ngupanya. skang ada parut sebelah kanan muka sbb aku kopek keping² chicken pox tu. geram la aku heh... now dh ada parut, padan muka. hahaha

satu² gambar raya pertama yang aku ada. beraya kt banting dulu, esoknya gerak balik kelantan. 6 hari kt kelantan, puas hati dok kampung. aus lagi la seronok, ramai dua pupu dia kt sana. baju raya aku ngan asben tu, baju raya tahun bila entah. pakai je la balik sebab dh kau sakit, bila masa nak kuar carik baju. tempah baju 2 pasang pun tk kena tema. laki aku la mula nak tema biru, sekali dh aku kena cpox, tkde masa nak carik baju dia dan aku, kami pakai je la balik yg mana ade. lagi berapa hari nak raya baru carik utk aus. jadikla kan... sampin aus pakai tu sebenarnya dh tak muat, tkleh nak butang. hahaha... sebabkan nak amek gambar, maka kau sauk je la nak oi. pastu bukak balik. nampak mcm muat kan. 

kat kelantan panas dia aduhai... kalau boleh aku nak berkemban je kt rumah. pegi beraya pun takde makna nak cantik², nak pakai baju beriya².. nah.. beraya pakai singlet je nak. hahaha

rumah pakcik makcik kemana, beraya pun kemana, jalan sesak sana sini, sudahnya kami ke bandar tanah merah, beraya di dominos aje. hahahaa... 

raya ke 4 ikot rombongan kazen nikah. amboi... comeynya bini tok iman. kahkahkah!!

anak sulung dan mak acah² mcm adik bradik. tebal giler aku pakai bedak masa ni, nak tutup parut kat muka tu wei. aku sendiri yang rimas dgn muka aku yg berkilo bedak tu. hahaha

dalam ramai² kamu je gendut nak oi. hahahaha

dia satu hal kalau panas dan lapar. dia boleh meroyan depan rumah org dan depan org ramai. bikin malu saje. panas la, lapar la, sakit kaki la, penat la.. nak je ku tarik telinga tu.. geram tao. dh kasi makan, 5 pinggan kau tambah tak pandang kiri kanan, dh kyang kau ajak balik sebab rimas org ramai. wah... diva sgt kau ye. kasut tu mmg pesyen gitu ye.. jgn kecam sis sbb anak pakai kasut takde tali. hahahaha... sbb ade yg komen kt pesbuk mana tali kasut kau nak. 

tiba hari kenduri belah lelaki, belah kazen aku. wah.. rajin nau laki aku wei. mmg tak duduk diam dia nolong itu ini. aku?? makan sembang makan sembang. hahahaha... 

jgn kau mimpi nak pakai hensem² sbb kau siap guling² atas pasir kononnya mami tak nampak kan. aku jenguk kt tingkap amboiiiiiiii... korek² tanah bagai ye. kau siap!!! mmg aku mandikan, aku sental ngan berus sabut. amek kauu. hahaha.. dia suka pakai singlet tu, sejuk dia kata. matahari mcm sejengkal atas kepala, celah mana kau pakai baju tu rasa sejuk nak oi. huh.

aku ni mencari la laki, tk nampak bayang dh mana dia hilang. carik dalam bilik takde.. kot² penat membuta kejap ke kan. ooo ngupanya kau sedap tgh melalak kt sini ye. kemain kau ye... karok tak ajak aku. hahahaha.. ni pun sama, dh tukang ceduk lauk, buat air bagai, tkde makna la nak hensem² ye dak. 

adik aku yg aus panggil ummi tu beranak raya ke 4, sama tarikh ngan kazen aku nikah. tak sangka betul hari appment dia, boleh pulak kena czer terus time tu. masa kt kelantan, kemain kau bejalan sakan kan, balik kl terus branak. hehehehe... sampai kl terus bedesup ke ampang jumpa adik baru aus, muhammad qaid thaqif. hari² rindu!

selang 5 hari, bapak pengantin yg diraikan raya hari tu pergi mengadap Illahi. aruah mmg sakit, sempat jugak dia tgk anak dia kawen. kami pulun balik kampung, mmg tk sempat nak kejar aruah dikebumikan, kami balik utk menziarah isteri dan anak aruah sbb kami terlalu rapat. aus pun rasa kehilangan, sampai hari² ajak g kubur nak tgk kubur ayahchik. 

penat ulang alik dari kampung tk abes lagi, dapat pulak job utk open house cidb. masuk ni dh 2 tahun dapat job kt sini. alhamdulillah. 

aku sorang pulun goreng kueh teow, sekali goreng 10 peket. 6 kali goreng.. kau ngase? bahu aku mcm nak tecabut wei. 

kak bie, ibu dan adik dia, dik yie. tu pasamboq baq hang. laku keras. menu pertama kami yang abes dulu. rajin nau kak bie ikot tolong kami. 

balik tu, serius aku tk tahan dh... penat giler² pyer. sebabnya masa ni aku demam yg sungguh² demam. tapi sebab dh setuju ngan job cidb tu maka kena la buat jugak. teruk kan muka aku... hahaha.. sekian.