dari phuket ke krabi agak jauh perjalanan sebab tu kena gerak awal pagi. sampai krabi, aku rasa akulah org yg paling seronok sebab aku dah lama nak repeat krabi. bagi aku krabi best sgt, tah naper. sblm ni kami sampai krabi tanpa aus. ini kali bawak aus. nanti² nak bawak aus lagi bila dia besar sikit. angin krabi lain beno rasanya. sonok hati teman bila dah sampai sini. moh le nengok bilik kami ye...
mcm besala, booking melalui booking.com. kali ni pilih hotel betul² kt kawasan happening mmg sampai pening le kami kat sini sebab tgh mlm buta pun dok dgr bising lagu kt pub bawah tu. hahaha.. rasanyalah, bilik kami ni dalam 110 semalam. tak igt la heh.
selasa jugak, yg best bilik aku sorang view jalan besar. hehehe
dan berdepan dgn lif.
tapi yg tak bestnye, air dia kejap laju, kejap slow. kalu laju tu laju betul, boleh tekejut le. hahaha
ha... ni view dari bilik aku. enak skali pemandangannya.
kitaorang kat sini sehari je, dari bazir masa moh sewa motor dan layan angin petang.
olololo... homei hangat dua branak ni pyer helmet.
jom kite carik makannnn.
sederet tu kami le tuww.
singgah makan kt sini. berdepan ngan pantai ao nang.
masa bila budak ni ngan daddy dia amek gambar kat sini aku pun tak prasan.
mkn kat sini sangat tk best sbb servis lambat, budak yang amek order pun tak paham ape. lmbt sgt dapat makanan wei. nasi goreng pataya dia takde lauk langsung, hanya bertemankan telur dadar tu aje. sedih betul.
ni nasi goreng daging. kau rasa??? daging tu rebus gitu je. aku rasa mcm loya nak makan. kedai ni halal tapi tak syok langsung. udah... lenkali taknak pegi sini lagi. pangkah!
balik tu singgah jumpa mokcik yaminlah. rindu nau nau ngan pancake dia. patotnya nak ajak depa semua makan kt area sini sebab ada satu gerai ni, tomyam dia sedap giler. tapi sebab kami ramai dan tempat duduk kt sini terhad, tu yg terpilih kedai yg salah.
balik hotel memasing naik terus ke pool, siang hati tak sempat nak rasa, so mlm kasi can la bebudak ni berendam jap. pool kat sini kt atas skali, bukak sampai jam 10 mlm.
daddy tak tahan, sejuk sgt katanya. mau idaknye... angin malam kan. atas bumbung lak tu.
naik bilik terus ngap pancake.
pastu turun bawah nak carik kedai lepak. singgah spa kt bawah hotel, kemain ramai kau... tak jadi teman nak massage. dak aus kemain sonok kt bawah ni, tekinja² dia. sonok le happening semacam je kan.
kalau korang selalu ke krabi, sinilah tempat happening. tu, org kata kawasan subway, atas tulah hotel kami. ko jln kaki sekejap je dah sampai tempat shopping. bederet situ je memacam benda ada jual.
vroom vroommmmm meluncur laju carik kedai lepak. nak lepak kat kedai makan sedap, ater dh tutup pulak. awai nau kau tutup ye. udah le kedai cantek, tk dpt merasa lepak ala² mewah gitu. takpe, next time.
sudahnya kami lepak sini je. ni berdepan ngan hotel haleeva. dulu depan hotel ni kawasan parking, skang dh terbentuk kedai makan. dulu kat sini sunyi, sejak dh ade kedai makan ni, happening la jugak. mulanya aku booking hotel haleeva ni, tapi yang lain nak dok kt kawasan pening lalat tu. sudahnya aku yg pening. hahaha
rasa nak rembat bawak balik je cawan dia. homei hangat ni.
malam tu hujan lebat. so plan nak tido awal tapi..... tu pub depan tu, aku tak tau le jam berapa tutup. sebutir² lagu aku boleh dengar. kemain rancak kome, tak mengantuk ke. hahaha
esok pagi carik nasi lemak kat area masjid. uiiii rindu nasi lemak kekdahnya.
memang mcm kat kl nikmat nasi lemak ni wei.
masa utk check out. aku pesan kat korang, hotel ni kalu korang ramai mcm kami, jgn semua dok sebok nak betenggek ramai² depan kaunter. dia akan kira berapa orang yang ada dalam team korang sebab dia betul² limitkan hanya 2 dewasa sahaja utk satu bilik. jgn la kau nak hauk cakap 3orang utk satu bilik, kompem dia soh kau tambah bilik lain. aku tau syarat kt booking tu mcm tu, tapi tak semua hotel mcm ni. ye la, kadang² mana yang pegi 3 sekawan, konon nak save bajet dok la satu bilik, tido rapat²kan... no no no! menangis la korang, mmg dia tak layan.
staff dia peramah belaka walo mcm memaksa. hahaha
boleh guna pc tu utk melayari internet. ha gituwwww
kekadang aku bertukar ngan depa dua ni. dari belakang nampak mcm sama. hahaha
bye bye krabi... ade rezeki dtg lagi...
perjalanan di teruskan. kami singgah trang andaman gateway amek gambar kt sini. mulanya aus taknak turun dia igtkan gajah tu idup, dia takut. hahaha..
dh letak dia atas gajah tu baru dia suker.
nak bawak balik gajah ni pulakkkk. mana maunye muat kete nak oii.
anak² ngan uncle bob
pon bolehhh. huhuhu...
semua yang terlibat ngan road trip kami ni ada dlm gambar ni. susah dan sukar nak lupa kenangan ni. aku mengidamkan road trip mcm ni terjadi lagi. next...
hatyai!
5 dok ngomen:
Seronoknya...
Bila semua sama anginnya, pasti tak serik nak mengulag bersama lagi. :)
punya lambat ko siarkan semula kisah jln2 hatyai....
seronok lah trip jln2 ko... penuh aktiviti...
tp tang tgk ns grg ada daging tu pun nmpak mcm tak selera... sbb mcm togel2 je daging tuh
akak tak pernah sampai Krabi lagi. teringin gak..
you rasa seronok sebab kat sini banyak halal food ke?
ramai cakap food kat sana memang happening kan.
seronoknya kat Krabi..bila la dapat pergi bersama family..semua sibuk semedang..huhu
Seronoknya ..
Saya nak ingin pergi ke sana juga ..
Nampak trip nya seronok ..
Post a Comment