Tuesday, June 24, 2014

Avillion Admiral Cove

seperti yang korang tahu, mggu lepas 20hb adalah bufday qausar. tahun ni aku tak buat ape² utk dia. takde sambutan mcm tahun lepas. takde tiup lilin depan orang ramai. ni pun last minute aku booking hotel, mula tu igt nak bawak dia terbang... tapi pikir² balik terbang bertiga mcm tak best plak. aku ingat nak bawak dia pegi sabah. nnt la... tahun depan la kot, kalu ade rezeki kita pegi ye dik. tahun ni mami dedi bawak kamu kenal port dickson je ye.

bertahun kami tak kenal pd. last aku ke sana tahun 2010 masa tu bawak syasya. 4 tahun tak jejak pd, rasa lain beno dah pd skang ni ek. walopon pd je... aku ttp nak qausar rasa angin setiap negeri. hahahaha... bajet best sgt kamu ni dik. 

jam 11 pagi kami gerak dari rumah, pekena nasi dolu sebelum gerak. lapar kemain pagi tu sebab malam sebelum tu aku tak makan. aku soh qausar makan nasi terus, kang kat sane beli mekdi je.

sebelum gerak, aku tukarkan baju dia. dia ni bukan boleh, makan mesti kotor baju. tak ensem la gitu kan dik. masa ni aku cakap kat dia, adik tggal ngan maktok tau, mami nak pegi swimming. hahaha... tu yang dia buat muka tekulat tu. dia merayu² cakap nak ikut. aku cakap kalu nak ikut kena behave. 

 eh lepas tu terus yeyyyyy... hepi sangat nih...

 tak sempat hilang pandangan kl dia dah hanyut. jgn kata dia, aku pun sama. tau² dah sampai. hehehe

dalam 2.30 kami sampai. check in dolu, pastu kami kuar balik carik mekdi dan jajan. bilik pon blom ready lagi. tgk view ni aku dah tak sabar nak kejut qausar. mesti dia tekinja nampak laut tu.

dah beli mekdi dan jajan bagai, dak qausar tak sedar jugak lagi. jauhnye mencarik mekdi, dari avillion ke pd waterfront nun haaaa... syok gak kawasan pd waterfront tu ek, mcm² ado.

dah sampai hotel, kami kejut qausar. dia tak mau bangun ko tau. sampai aku cakap adik tido sorang², mami dedi nak swimming. teros tepacak kat pintu tu. hahahaha

aku booking melalui booking.com. harga satu malam RM260 ajo. aku dah call hotel direct tapi takde kosong. nasib baik kat booking ada lagi 3 bilik kosong. so cepat² aku rembat. harga direct hotel dan melalui booking sama je. aku try nak pakai harga staff gomen tapi dia kata kena lebih 30bilik. ape daaa...

 ni first time aku menginap sini. avillion village aku penah pegi, so mari rasa avillion cove plak. Standard Room ajo tapi pueh hati sangat².

sangat selesa. puas dak qausar belari.

 sejadah pun dah tersedia

 ada dua pintu utk ke bilik air. satu melalui pintu depan, satu lagi kat tepi katil tu. pintu sliding tu ko boleh tarik dan tutup bahagian katil. aku tak tutup pun time nak tido, rimas la plak rasanye. 

aku dapat block yang ada balcony. block depan aku tu takde balcony tao. kalu yang view laut mahal sikit la harganya. yang ni pun dah ok sgt.

 padangan bilik air dari pintu depan

 elok la takde bathtub, kalu tak jenuh aku nak layan qausar main air.

 masa ni dia soh aku dok sebelah dia. ei... dah kenapa dok bawah gini? sebenarnya dia tgh mamai lagi. hahahaha

 ni mmg habit dia. suke nau main tepon. pastu dia buat² la tepon kak icha la, kakal la, maktok la.. eh, semua nama la dia sebut.

 aku suker la hotel ni. siap ada sinki cenggini, senang nak buat susu anak.

 dorang bemonopod dah...

 dak qausar dah melompat ajak mandi sebab dia baru nampak ada laut tepi balcony tu.

 sabar dik, dedi blom puas selfie lagi tu. hahahaha

 ni la view dari tepi balcony bilik kami. 

sementara tunggu jam 5, kami lepak² berselfie dolu sambil layan mekdi. dak qausar sambil makan sambil bezikir ajak turun. jom la mamiiii jom la dediiii.... tak sempat jam 5 pun, kami dah turun. tak kuasa nak dgr qausar zikir lama², senak dada nak layan merengek dia.

esok sambung gambar qausar berendam yeeee...

14 dok ngomen:

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

best giler weyyy..nak pegi la lepas ni!!!

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

lupa nak tnye..bilik ko bilik ape ni kalo nak book??

NM03 said...Reply To This Comment

bilik standard je noks

Alin Marlini said...Reply To This Comment

happy belated befday qausar yg encem....

Kakzakie said...Reply To This Comment

Mestilah yg penting Qausar happy sebab kan nak raikan dia...

Biarlah dia main air puas-puas:)

norhidana miswan said...Reply To This Comment

bestnyer ensem boy dpt pg cuti2 kt tempat yg cun melecun tuh sambil menyambut bday

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

wuwuwuwuwu seronoknya! bila lah nk g bercuti ni!

Montana said...Reply To This Comment

lawa bilik...hero pun smart...muka xsenyum tapi seronok tengok hehehe..comei

wahida said...Reply To This Comment

kalau ko amek view ngadap laut lagi best jah oiiii, boleh tengok kapal layar berlabuh...

mesti ko rasa romantik giler time tu...hahaha...

fazilzura said...Reply To This Comment

syok nyeeeeeee view nmpak lautttt..

lieyalatif said...Reply To This Comment

sumpah best aku tgk bilik die noks...nanti leh laa aku nak try ke sini...

tu le, aku pun kalo besdey budak2 ni rajin dok hotel...syok sebenarnye...dpt rasa kualiti time yg betul2 best...anak2 pun hepi dpt holiday....

sonok aku tgk qausar makan tu...dayyan kalo mcm tu kan bagus...tapi skrang ni die dah nak makan nasi byk gak lepas aku bagi vitamin...naik le berat 13kg huhuh kalo tak sebelum ni 10kg je noks....bape berat qausar noks?

Eye_nee said...Reply To This Comment

besar beb bilik dia walaupun standard jer...sofa dia tu pun sesak2 boleh jd tilam tidur...

Kausar Amin said...Reply To This Comment

tak sangka bloghop dan jumpa blog ni. my name sama dgn ur son! ejaan je la lain sikit hihi. he's so cuteeeeee. teruja jap sebab 1st time jumpa baby nama sama dgn saya heee

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Suka tengok si qausar ... klu makan berselera sungguh ... semangat dia mkn nasi :)