nampak muka ngantuk dak qausar. mau tak ngantuk, sepinggan nasi lemak dia bedal sorang². aku risau je tgh laut nnt dia memerut. hehee...
aku cakap dah... mesti dia tewas punyer. dia cepat kalah kalu dok atas riba maktok.
ala homeinye apak aku ni...
dah sampai kat jeti tanjung rhu. panas kemain masa ni.
kami sewa satu boat tak campur ngan orang lain. satu boat harga dia RM330 termasuk sedozen air mineral botol besar.
kami dah ready!!!
kak icha teruja sangat masa ni.
kakal melopong tgk laut
mula² akan nampak gunung king kong. perasan tak gunung yang terbentuk mcm separuh badan king kong. kalu korang berada depan gunung ni, mmg teruja giler nengoknye. masa aku nampak ni asyik la dok cakap ye la.. king kong la... ye la... ish ish ish... king kong la.. hahaha...
pastu kami dibawa kat tempat helang berkumpul. ala.. mcm eagle feeding tu. ada jugak kat area kilim geopark ni. anak² teruja le nengok helang beso² kat sini. kalu takde boat lalu, depa takde pun bekeliaran sangat. tapi bila dgr enjin boat, melilau² dorang kat situ sbb tau makanan free dah sampai.
sebab tu masa boat landing jap kat sini, orang yang bawak boat tu akan kuatkan bunyi enjin. nnt helang ni terbang le keliling dan berdekatan boat. helang² ni akan diberi kulit ayam.
oi... dating ka... berasmara haaaaaaa.....
kat tmpt helang tu kejap je, pastu kami teruskan perjalanan. melalui muara sungai yang indahnya pemandangan. pastu kami lalu lorong ni. sebenarnya bukit ni bercantum. utk menyenangkan laluan, kerajaan negeri telah meletopkan bukit ni menjadi laluan mcm ni. ni dipanggil bukit tebelah.
melalui lagi muara sungai yang penuh dengan pokok bakau. kehijauan sangat..
melalui muara yang penuh dikekelilingi ngan pokok bakau ni, tepi² tu banyak kera melepak. kira ni tempat jajahan dorang. dorang ni garang tau. dan ade ketua kawasan yg terlalu garang sampai anak² buah takut ngan dia. dah la garang, dorang ni sentiasa lapar. ye la, ape je pun dorang dapat mkn dok tmpt mcm ni kan. sebab tu sebelum naik boat kat jeti tu kita boleh beli pisang utk kasi depa ni makan.
banyak yang kendong anak. kesian aku tgk. kuat plak tu anaknye betaut kat mak dia. mak dia punyer la melompat nak rebut pisang, anak dia ilek je tak jatuh pun.
ha... ni la ketua kawasan. abglong ni.... ganas semacam kan. tapi awas, jgn sesekali boat kita terlalu dekat ngan dorang semua sebab ada kemungkinan dorg akan lompat masuk dalam boat. ui.... seram aku dgr.
walau pisang tu jatuh kat tepi muara, dorang masih boleh amek tau...
dan berhati² jugak... ada ular pokok kat dahan pokok bakau. kami tak tau, tiba² budak yg bawak boat tu tunjuk. arrrghh.... meremang bulu!
pastu kami kena masuk dalam gua ni utk tembus gua buaya. seram jugak masuk dalam ni. takut aku sebab kita dibawah batu yang teramat besar. sebelum masuk tu mcm teruja jugak. kalu air surut tak boleh lalu sini.
dah masuk... nah... gelap kan. anak aku terus takot. hahaha... ni aku amek gambar boat belakang kami.
pastu tembus ni. bila dah kuar, boat kami berenti jap sebab nak tgk batu yg nampak mcm buaya. sebab tu dipanggil gua buaya. korang nampak tak batu² tu menyerupai bentuk badan buaya?
nampak anak ikan, comei je...
ok skang kami dah masuk kat sungai kilim. kat sini banyak kapal layar milik org luar. tau je la harga kapal layar brapa kan. aku tanyer budak tu naper dorang parking kat sini, dia kata kat sini sewa tempat parking murah. oo.... ye ke...
ini jeti sungai kilim. yang aku tau dari sini boleh tembus galeria perdana. kat sini boleh berenti kalu rasa nak tekucil ke ape ke..
dari jeti sungai kilim, kami sampai plak kat gua kelawar. kat sini yang boleh turun hanya orang dewasa. tidak digalakkan utk kanak² sebab kat sini bau hama kelawar terlalu kuat dan jugak kutu kelawar.
so yang turun bapak² je la.. diingatkan, jgn guna flash utk amek gambar dalam gua sebab nnt ganggu kelawar, nnt dorang beterbangan lagi menyusahkan keadaan.
dan jgn cakap kuat² nnt ganggu dorang tgh tido. tapi.... hubby aku cakap, ada sekumpulan rombongan makcik² masuk dalam ni siap gelak mengilai lagi... dah kena sound soh diam pun tak makan saman. kena giget ngan kelawar baru tau!
luar gua ni pun banyak kera. hubby cakap kera kat sini pun ganas.
ganas² atok ayah dan jugak amek gambar bersama. hahaha.. ei makin sepet mata bapak aku ni la...
setelah habes laluan muara, kami melalui laluan laut plak. muara bertemu laut... indah uolsss!
dah masuk laut.. laluan pun takde sentimental lagi dah la... kompem la terhenjut² kena pukul ombak. dak qausar terus teruja. pisyoooo!
nampak tak pulau kasut???? nampak kan kan kan... teruja tak?? giler tak teruja... mcm² bentuk ciptaan Yang Maha Esa. subhanAllah
masa untuk mandi laut!! yey... kami dah sampai pulau pasir panjang. kenapa nama dia mcm tu? aku rasa sebab kat pulau ni tempat santai dia memanjang kot. hehehe
dah sampai sini kakal plak tido. takde le dia main air.
bapak aku tgh godek² tab nak amek gambo...
mereka berdua jgn cakap le.... bab main pasir mmg suker. diam je kat celah batu.
bapak² dah enjoy layan air laut. ada 3 warna laut. cantik kan...
wow!!! gagahnye laki aku... tgk badan dia kuar ketak². hasil angkat aku hari². hahahahaha
mereka berdua entah ape yg dok tgk kat tab bapak aku tu... kemain berasmara mereka berdua. hihihi...
alo homei homeiiiiii. mereka memerhatikan anak menantu tgh beseronokan.
boat kami landing tak jauh dari kami. kemain kuat budak tu pasang lagu. layan plak aku rasa lepak kat sini sebab hanya kami je yg ade. syok weiiii.. mak aku cakap rugi tak makanan. kalu tidak boleh santai lama skit. memandangkan memasing dah lapar, kami pun tak lama sangat kat sini. dalam sejam lebih je gitu. kasi anak² puas main pasir dan merasa mandi laut pastu callooo makan kat restoran terapung.
sumpah aku letih buat n3 hari ni. hahaha... maka bersambung le n3 mkn kat restoran tu ye...
26 dok ngomen:
Weyhh..semua gmbr lawa2
ye ke... maceh... hehehe
kty aritu buat mangrove dari jeti sg kilim ..
attyfir,
ye kak?? baper eh harga dari situ
woih best nya ! cepat2 sambung next entry
seronoknye..teringin nak pegi jgak..
Makcik tu bising dalam gua sebab dia tak paham omputih lettew. Haha.
Ko tak takut ke naik bot? I is seram tau. Lagi-lagi kalo time ombak tinggi.
-Dakpink-
memang cantik la Kilim Geo Park ni nok....teruja aku tgok..dah macam kat Krabi plak....
waa bestnya, gambar pun cantik2!
bestnyer dik... teruja tgk gambar ni semua.. dahla semua gambar lawa...
wahhh best giler weyyyy....rupe nyer tak abis jln lagi aku kat langkawi ni!
Beb cuba ko tanya laki ko kan..lepas kuar dari gua kelawar tu kan..ada tak dia nmapk pokok kekabu dilaluan keluar dari gua tu..sbb masa akk gi masuk gua kelawar ni dulu dah waktu maghrib..bila keluar dari pintu tu akk siap nampak pokok kekabu..laki akk ckp mana ada pokok kekabutumbuh kat sini..akk siap bertekak lg dgn hubby..hubby akk ckp itu pokok bakau...aku kompom noks aku nmpak pokok kekabu siap dgn buah dia yg dah memecah dan kuarkan kapas tu lagi...
mmg penat tu buat n3..byk kot..
gmbr pun byk..
tk per pelan2 beb
mcm best la bw ank2 island tour ni
nnti nk bw irfan lah..
Tapi seronoklah kakak tengok sebab biasa org kongsi boat dgn org lain. Kali ini keluarga sendiri mestilah best:)
weh potong stim ah benti tang makannn uwaaaaaaaa
nak gi lagi la langkawi. nak jejalajh mcm kamu jugak.
Dah berkali-kali ke Langkawi, mak belum sampai lagi ke Kilim Geopark tu. :(
eye nee,
ye ke kak... aiya... saya plak yang seram. kuar dari gua tu mana ada pokok lain kak selain pokok bakau je yg byk kat situ...
ok ok... nnt saya tanyer
Lawonya gambo2 tu...terus rasa nak gi langkawi dan2 ni jugak.
semua gambar lawo2 kak termasuk lah gambar ular tuh... ngerik nyer... seronok betul aktiviti kt sana.... tp apasal gambar ko mcm kureng ada je kak? seronok tgk mak ayah ko... hepi je romantik sgt
Cantik dan tertarik la tgk entry ni.. wahhhh bestnyer..
kak, lawa betul gambar ni guna camera apa erk?
cnatik2 foto..langkawi tak penah menghmpakan
aku suka tgk gambar helang tu nok...
masa pi langkawi dulu tak pi pun sini, tapi aku target lepas ni kalo sampai langkawi lagi, mmg aku nak tuju sini...
cantik2 picnyer, tq berkongsi yer
Assalamualaikum. Mintak maaf tuan blog. Nak tumpang iklan.
Bagi bakal - bakal pelancong Pulau Langkawi yang ingin menjalankan salah satu aktiviti wajib di Pulau Langkawi iaitu Mangrove Tour di Kilim Geoforest Assalamualaikum. Mintak maaf tuan blog. Nak tumpang iklan.
Bagi bakal - bakal pelancong Pulau Langkawi yang ingin menjalankan salah satu aktiviti wajib di Pulau Langkawi iaitu Mangrove Tour di Kilim Geoforest park. Saya ingin menjemput anda ke http://thelangkawians.blogspot.com/?m=1 untuk info lanjut mengenai pakej dan harga. Boleh jugak terus whatsapp 0134298299. Terima kasih :)
Post a Comment