minggu lepas kami terjah cawangan baru restoran khadijah ibrahim yang terletak di PV128 setapak. yang bestnyer, restoran ni sederet ngan kedai makan yg aku suker dan selalu pegi. sebelah ngan raso omak den dan sebelah ngan wadihana steakhouse. mak suker uols. masa kami mkn kat raso omak den, kami tertanya² kedai ape pulak nak bukak sebelah tu. cantik je dekonye. aku tanye kat staff situ, dia kata khadijah ibrahim punyer cawangan. wah.... best best!!
beberapa minggu dah bukak, siap launching masuk melodi lagik kan... aku makin tak sabar nak merasa kenikmatan hidangan yang ada. dengar kata masak lemak daging salai dan sotong masak hitam dia menjadi tarikan utama.
sebelah kiri tu la raso omak den, belah kanan dia plak wadihana. cantik kan restoran dia. kalering sangat. anak dia selalu je ada kat sini. nak jumpa dia selalunya ada belah mlm. masa lepas aku mkn kat wadihana, otw nak masuk kete, tetiber kelibat dia lalu dan terus peluk bahu aku bagi salam. Ya Allah... peramahnye dia. terharu plak rasa. dia tanyer dah mkn ke. aku cakap dah tapi bukan kat kedai untie, tapi kat wadihana tu. nnt saya nak terjah kedai untie, saya ingat tak bukak lagi. dia jawab dengan lembut sekali... dah, nnt datang ye, bawak keluarga sekali. owwh... dah pasti, ayah saya mmg tak sabar nak rasa masakan kat kedai untie. hahaha... untie la sangat... mmg masa tu aku blur giler. mmg giler arrr aku panggil untie, padahal dato' khadijah kot. kahkah... pastu dia hulur tangan nak salam... aku pun salam la ciyom tangan. hormat orang tua kan... tapi masa tu aku malu² kucing jugak. yang hubby aku dah tecengang kat tepi kete. mesti sentap sebab artis glamer tak peluk bahu dia. hahahaha...
masuk kete hubby tanyer, tak amek gambar ke... haahhhhh la.... mak blur noks masa tu. jem otak.. terus tak ingat pasal gambar. kalu tidak leh up stori 'aku dan artis'. ala...... rugi loooo... takpe, nnt kita datang mlm, mesti dia ada. bawak family sekali. takkan nak masuk kedai dia semata nak amek gambar lak kan. mak segan la nak buat mcm tu. mak mmg pemalu.... haktuih!
dato' khadijah mmg la lawa.. suker senyum, peramah giler. cakap pun lembut je. anak dia pun tak lokek senyum. staff dia semua bagus. masa aku order, satu² dia terangkan. masa kami pegi ni aku ngan hubby je, tak bawak family lagi. orang kata riki dulu la kan... hahaha... ayah aku tau ni mau sentap sampai raya tahun depan. kahkahkah...
aku suka dekorasi luar dan dalam restoran dia. cozy sangat. nnt kalu aku bawak family, aku nak lepak kat hujung yang ada wallpaper nama dia.
dah kata menu utama dia daging salai kan, harus la order yang itu. mesti kena rasa. ni aku amek set. ada nasi, telur dada, ikan masin, sambal belacan dan masak lemak daging salai. rasa dia??? ciyom ibu jari beb! pekat likat, daging lembut... uummmppp lah! korang harus coba okey. set ni berharga RM10
hubby plak order set asam pedas ikan. Ya Allah... asam pedas dia pun sedap ngkooooo. sumpah sedap. set ni berharga RM9.80
yang ni special skit. yang ni staff dia soh kami rasa. nama dia tauhu telur. tauhu yang digoreng bersama telor dada. sedap gak. garing diluar lembut tauhu didalam. cicah ngan cili kicap tu. mmm dap dap dap... yg ni RM7.80. eh, yang ni signature dish tahu. ha, harus coba tau...
set hidangan kami datang dengan eslemon tea. sedut sekali air dia rasa segar. apsal entah. tea dia kot sedap. eh... ada cucur udang, ada ubi kayu cicah kelapa, gado² jugak tau. okeyla... kompem bawak family nnt.
ni alamat dia. sila lah terjah beramai². bak kata dato' khadijah, bawak family sekali tauuuu.. hehehe
30 dok ngomen:
boleh try nanti :) sedap nyer weyyy!
sedapnyer...teringin nak rasa daging salai...
haritu ada tengok kat melodi dia launching kedai dia ni.. ok port baru.. boleh bawak emak ai dtg sini.. tekak org tua mesti kena lah ngan menu2 kat sini kot..
Tauhu telur tu nampak menarik..harus mencuba..
Kat manan ni yer
mmg ramai ckp sedap...nnt plan ngan antu jepun weh mkn kat sini nak tak?
sedapnya daging salai....pedas tak masak lemak dia jah?
rizziela,
kat kampung pengantin uols. tau tak sepital colombia setapak? ha... bangunan sebelah sepital tu la. mengadap jalan setapak tu nampak pelita, dia belakang pelita
wahida,
tak brapa pedas noks. tapi pekat. sedap!
Waaa masak lemak daging salai tu nampak pekat kan, sungguh tergoda selera ummi, hehe..insyaAllah akan diterjah juga.
adehh tgk tauhu telur tu cam teringin nak try...bak kata mummy kan garing di luar lembut di dalam gitew hehehe
owh khatijah ibrahim penyanyi tu ker
menarik makanannya...menu
nampak sedap la...boleh terjah nanti la
Err..portion dlm gamba nmpk mcm cinonet je. Huhuhu~
mmg nampak sedapnye tu noks...bagus ko buat review gini so ade keyakinan la org lain nak pergi...yg penting harga foods die reasonable la...takle mahal kan...ye laa selalunye kalo dah pakai name artis ni mahal2 jek.....bleh la cube kalo sesat kesane....
i baca line by line tau!
sambil membayangkanny..hihihi
tauhu telur tu cam sedap...penah makan kat pj nye je...
kalau g sana bolehla nak try..kak..ko belanje ye..
kikiki
Yeahh tengok deko kedai dan menu, memang betullah sedap. Harganya pun memang sesuai dengan menu. Reasonable la tuh.
Dekat Setapak jer ya? Ahaa ada masa boleh la terjah. Kalu nasib baik, boleh bergambar dgn Dato Khaty sekali. Wahhh berangan.
wahhh terliur ak tgk menu dia beb
haihh..bila la nk ada restoran artis2 kt png ni..hikss
Telur tauhu tu memang ada kelainan sikit menunya...
wah.. bestnyer dapat peluk dato khadijah ni...
wah bestnya pi makan kat restoran khadijah's kitchen,tengok menu2 yang dihidangkan menyelerakan tu..lagi2 masak lemak daging salai tu prgh! dengan harganya sungguh berpatutan..
Ko buat aku terbayang2 masak lemak daging salai jer.....
signature dish tu..lain dari yg lain. wahh..i like.
Lapar wei sbb tak kluar lunch. Blh lah try klo lalu area situ.
ni yg aku nk ajak emy pg nih... harga pun ok boleh tahan tak lah mahal sgt... terliur nengok msk lomak tuh kak oi
harus terjah nnt..dkt da dgn umah
Wahh..dekat boleh g nti..yeahhh
sedapnya.....klu dekat mmg dah cuba ni...
Sis...waktu operasi dia ada x? Nk tau mlm buka smpai Pkul brpa..
Sis...waktu operasi dia ada x? Nk tau mlm buka smpai Pkul brpa..
Post a Comment