Thursday, December 26, 2013

harapan yg tinggi

jumaat lepas, qausar dah masuk 1tahun 6bulan. alhamdulillah, perkembangan dia memberangsangkan. semakin hari, semakin petah bercakap. apa disuruh dia paham dan cuba buat. aku penah kasi dia pampers yang lepas ditukar, aku nak tgk dia buat ape ngan pampers tu. aku tak suruh dan aku tak cakap ape². terus dia masuk dapo buang dalam tong sampah. hehehe.. aku gelak je tgk peel dia. aku penah kasi gumpulan kertas, aku tanyer dia nak buat ape dgn kertas ni, terus dia jawab ong ampah... pandai!!!! 

bila nak makan, aku tolong dia tadah tangan utk doa, eh... terus dia cakap amin. hahaha... geram aku. tak menyempat nak makan. banyak jgk la perkara yang tetiber kami tak sangka dia boleh buat dan cakap. lepas kes dia jatuh dari dalam kete tu, asal lalu je tempat tu mesti dia cakap atuh, atuh... sambil tunjuk tempat kejadian. ooo... dia boleh ingat memori hitam dia. hehehe.. sejak tu jugak dia tak berani dah nak duduk belakang sorang². dia ni cepat serik. elok le mcm tu kan.

kalu nak citer hal perkembangan anak, mmg pjg lebar le perenggan yang nak dibaca. malas le aku nak menaip. hehehe... setakat ni, syukur alhamdulillah, walaupun qausar nakal dan lasak, tapi dia ada keistimewaan sendiri. bila aku tanyer, qausar nak adik??? dia anguk berkali². hahahaha.... 

masa kat klinik nak amek darah dia, aku suker tgk gelagat dia. kalu dia sorang², dia lebih suker bawak diri dan main sorang².  aku perhati je dia duduk sendiri kat meja tu. lama dia diam sorang² kat situ. aku ingat dia ralit tgk luar... ngupanya....

tengah kira jadi ngkooo... bagusnya anak mummy.... dia tunjuk 3 jari pastu dia cakap yey... sambil tepuk tangan. hahaha... aku ngan hubby gelak je. dia mmg... kira je sampai 3 lepas tu mesti yey... tepuk tangan. atok ayah suker ajar cucu² dia kira jari dari kecik lagi. kalu cakap kira jari, terus jari² tu gerak. comel!

dah lepas kira, dia tepuk² meja ngan hujung jari mcm tgh pikir ape lagi nak buat lepas ni. hahaha... minta tab ngan daddy, bukak video ya hanana. ralit dia tgk budak² berqasidah dalam video tu. dia pun goyang sekali. tu je la dia suker skang ni. pasang berkali² pun dia tak jemu. dan itulah irama yang boleh lenakan dia time nak tido. 

dik, semua benda adik dah makin pandai, bila nak pandai panggil mummy? plis dik... itu je yang paling mummy tunggu. harapan tinggi menggunung dik. hahaha... dia panggil aku kaka ngko. dah mcm mamat bangla plak aku rasa. hahaha

part yg paling best, semua makanan dia cakap ayam. kek ke, biskut ke, buah ke semuanya ayam. hahahaha.... penggemar ayam yg tegar ni tau. 

24 dok ngomen:

wahida said...Reply To This Comment

kaka, mahu beli carpet? hahahaha...


tak lama lg dia pandai la tu panggil mummy, biasalah budak2 ni saja nak biar mak dia ni ternanti2...ekekek...

qausar, bila nak datang rawang? qausar tak sampai rumah maklong lagi kan...

emy pokden said...Reply To This Comment

oloh2...cepat2 panggil mummy yek...tomei nyer anak teruna ko...geram aku...

Ibu Lala said...Reply To This Comment

Kalau anak nakal dan lasak tu tandanya dia sihat dan normal. Kalau dia dok diam je baru la tak normal.

mama ila said...Reply To This Comment

hehehe..bagusnye dia..elok jer duk sorang2 camtu... =)

::NureeN:: said...Reply To This Comment

qausar sebaya emir anak nureen ropanyerr.... :)
cpt dia bleh berckp, anak nureen x brapa, hujung2 jerr tue pon susah nk ckp.. :)

norhidana miswan said...Reply To This Comment

pandai qays nih... cpt lak berckp, si aiyan tu dh 2thn++ tp pyh beno nk ckp.... brt beno mlt tak becok mcm mama nyer

Cinta Cinta said...Reply To This Comment

comei je gambar dia kira jari..

adarnadzmie said...Reply To This Comment

homey sgt perangai qausar ni...lawak tgk dok kira jari tu...hihi

Khai♥Rin : anies said...Reply To This Comment

rs nak geget2 je jari2 tu! ;-)

msredcheesecake said...Reply To This Comment

chumels wqausar tengh ngira.... budak mana yg tak lasak... bior dia lasak...hhhee

aizamia3 said...Reply To This Comment

dak Qausar membesar depan kita semua di alam maya ni.. ;)

Dee said...Reply To This Comment

budak yg nakal dan lasak adalah budak yg bijak..kau takyah risaulah nok..tinggal nak bagi dia adik je..kesian lak aku tgk dok sorang2 gitu..kihkihkih..

Sharifah Nadzarah said...Reply To This Comment

hehe..btul tu...dulu masa anak sy kecik2 pun sama..paling lambat dia panggil ibu...ayah punyelah cepat...geram jek..apepun good boy to qays...

:: Mrs.Eady :: said...Reply To This Comment

budak bijak ni!

izzeyda said...Reply To This Comment

bijak nih qausar..dia nak kwn ler tuh..bila nak tmbh???hehehe..In Shaa Allah nnti akan terkeluar jgk perkataan mummy dr mulut dia..sabar yer..

Zura@Iwan said...Reply To This Comment

tk per..
tk lama lg pndai la pggey mummy..
sbr ye mummy..hehe

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Tgok jari tu rsa nk geget jep

che mid said...Reply To This Comment

mummy mummy mummy love..haaa. i tolong panggilkan boleh..

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

haa nak adik ? dah pandai mintak adik tu haha

Mia Kassim said...Reply To This Comment

hehehe lucu pulak tengok qays mengira jari sorang2.. :D
Sabar noks, tak lama lg puaslah ko dengar qays terjerit2 panggil mummy....:D

Eina Sakinah said...Reply To This Comment

singgah sini.. comelnyaa baby ni :)

Asyik Izas said...Reply To This Comment

alahai comelnya baby awak..

*thanks sudi singgah blog Asyik..:)

Aida Salleh said...Reply To This Comment

comelnya dia kira jari....

Aida Salleh said...Reply To This Comment

comelnya dia kira jari....