Thursday, October 31, 2013

perkembangan qausar

hari ni qausar campak abes semua barang menan dalam toilet

hari ni qausar tolak kipas meja sampai jatuh

hari ni qausar sepahkan kain baju dalam bilik maktok

hari ni qausar panjat kerusi, bukak tudung saji nak tgk ape ada dalam tu

hari ni qausar masuk dapur, dah pandai bukak lemari pinggan mangkuk

hari ni qausar main telur kat dapur. dia campaknye telor tu, nampak mcm best dia nak buat lagi

hari ni qausar panjat belakang tempat sandar sofa

hari ni qausar buli rayqal

hari ni qausar tarik rambut rayqal

hari ni qausar tolak rayqal

yang paling best semalam, maktok report benda baru lagi. 'anakmu akal dah makin panjang, dia pegang cawan, dia tarik kerusi rapatkan kat corway, panjat dan kekonon nak amek air. selalu dia jengket kaki je, ha ni dah pandai amek kerusi dan panjat konon boleh sangat la dapatkan air tu.' adik, mummy risau kamu dapat tekan air panas tu... adusss... 

aku tak risau qausar makin hari makin ade je benda baru dia nak buat sebab bagi aku tu perkara normal utk budak² baya dia. ok la tu kan, pembesaran otak yang luar biasa. kang kalu dok diam, tak reti buat ape, takut jugak. anak aku mmg nakal, suka sakat sepupu dia. kadang aku marah jugak sebab sakit telinga dengar maktok menjerit² bila nampak qausar sukar buli rayqal. ada jugak rayqal buli qausar tapi tak selalu, anak aku rileks je... hahaha... rayqal plak kalu buat qausar bukan kuat mana pun. tapi maktok yang selalu over. hahaha... 

sampai ada satu tahap, aku besuara nak soh orang lain jaga qausar la. nampak... kecik ati dah namanya tu. aku ni jiwa sensetip skit. hahaha... tapi kejap je perasaan tu datang. aku rasa bila maktok ngadu mcm², semua tu susahkan dia. tapi bila pk balik, tu benda normal kot ek. mungkin niat maktok nak bagi tau perkembangan perangai anak aku dari masa ke semasa. aku je yang cepat tersentuh jiwa. 

kadang, bila leka.. qausar suka kacau rayqal. budak² biasa la kot. main² gaduh... sakat menyakat. tapi qausar suker peluk rayqal. suker buat² nak dokong rayqal. bila dia ada tarik rambut, lepas tu dia ciyom rayqal balik. kalu rayqal tepuk² muka qausar, qausar gelak je. seronok tengok pe'el dorang. rayqal plak kalu kena buli dek qausar, muka tenang je.. tekebil² mata, redha je ape abang dia buat. hihihi... cian rayqal.. kalu memasing tido, pastu qausar dah bgn, rayqal blom.. qausar mesti panggil² nama rayqal. kalu rayqal dah bangun plak.. qausar mesti keriangan peluk² rayqal mcm bertahun tak jumpa padahal sebelum tido korang dah gaduh dulu. hahaha

satu qausar ni, dia tak reti nak layan tv sangat. dia mcm kak icha masa kecik² dulu. tak main la nak layan kartun ke, dok diam elok² tgk tv ke. cuma yang dia suker dan mcm ralit skit bila kuar iklan jom heboh. aku pun pelik kenapa dia suker ngan iklan tu. ha, ada la diam kejap bila iklan tu kuar. kadang aku sampai bukak iklan tu kat utube nak kasi dia diam seminit. nampak... punya tak dok diamnye anak aku kan. 

senakal² dia, dialah senang utk disuruh. paham ape kita suruh buat. dia sepahkan mainan, dia tau nak kemas balik. kadang aku tak payah cakap, dia buat sendiri. dia senang nak bangun pagi. panggil je nama dia. mesti dia bangun. takde nak merengek takde nak melalak. elok je jalan ke ruang tamu, tido balik atas sofa sementara tunggu nak kuar umh pegi umh maktok tiap pagi. 

nak tido mlm pun sonang. kat umh aku dah tak pakai buai dah. kat umh maktok je dia tido buai waktu siang. kat umh, dia boleh tido sendiri. mlm² pun lepas pekenan susu sebotol, nyonyot oksigen, dia tarik kain nepkin tutup mata, peluk bantal, kekadang nyanyi sendiri lagu twinkle² little star versi dia, pastu tau² dah lelap. ha, senang tak. tapi selalu aku la tepuk² manja, zikir ke selawat ke, baca ayat kursi kat telinga dia ke, tgk keadaan. kadang tetiber aku nyanyi lagu dipondok kecil ke lagu ayah dan ibu ke. kadang tu tekeluar lagu jiwang jgk. hahaha... satu yang best waktu dia nak tido, dia pandai kiss daddy dia tanpa disuruh. aku?? takde makna dia nak kiss bagai haih.. kecik ati mummy tau dik. 

memang akal dia makin hari ade je perkara² baru. ade je maktok atau maid aku report kat aku. takpe.. aku suker. aku banggga anak aku membesar bagai johan. muahahaha

majok la konon


tapi, kalu kena marah, ni la pot dia utk menyendiri. atau kat sini la tempat dia lepak ngan rayqal kalu dah takde arah tuju lagi. leka skit kang tau² depa dua orang dah menyelit celah kerusi. elok plak tu dok diam kat situ. ni pot santai mereka selain celah lemari tv dan bawah meja makan. hahaha... 

31 dok ngomen:

:: Mrs.Eady :: said...Reply To This Comment

manja niiiii!! :)

Aida Awie said...Reply To This Comment

oh... tinginnye nak rasa sume ni..!
kak, biarkan je qausar explore semuanya. kita pantau je. kalau semua xboleh nnt minda diorang terkongkong, last2 nnt buat peel sebab nak memberontak. mesti sonok layan bebudak kan, kak?

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

hehehe bestnya ada anak

syawalsimpsons said...Reply To This Comment

nampak sipi je si qausar ni yee..kikiki...sweet sangat.

Dee said...Reply To This Comment

mek jah..maktok tu dia cerita sebab seronok..jgn amik hati..di siang hari dia nak citer kat sapa..tunggu mek jah baliklah...sapa tak sayang cucu oiii..nak2 yg comel cam qausar tu..hihihi..

Cikda said...Reply To This Comment

hehehe..cikda baca pun tergelak dgn keletah qausar nih.. tu lom dengar mulut dia bercakap.. tah apa la yg keluar dari mulut comel tu

Allene said...Reply To This Comment

huhuh.. bijak si qausar ni tau mummy... dont worry.
lin pun selalu je terasa bila mak lin mengadu pasal perangai ank... huuhuhuh

eMMe said...Reply To This Comment

Salam Sis,
Qausar lasak gitu, takpe kan... itu bermakna dia sihat, dia aktif.. boleh kawal lagi..takpe la.. janji kene kawal n pantau la ape yg dia buat, kene larang... jgn biar je...
janji sihat.. kalo dah dpt kaki, gitu la budak kecik mesti takmo dok diam...

Nurfaezah Abdullah said...Reply To This Comment

i have a niece yg lebih kurang sama cam qausar, explorer type. tapi fae sometimes x tahan nak jaga. sampai naik hangin. maybe fae belum pandai jaga budak2 kot :D

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

perkembangan positif bagi seorang kanak2 yang sedang membesar - campak semua barang - hahaha

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Dah nama pun superhero, kan? Hehehehe! Anak lasak tandaya bijak.

Eye_nee said...Reply To This Comment

extention2 wayar otak dia bersambung dgn elok ni sis...lasak2 ni perkara biasa jer.....masa2 ni lah watak tarzan amat sesuai dgn kita..ko hadap jer dgn redha...

Kakzakie said...Reply To This Comment

Untung bila anak-anak dijaga oleh nenek sendiri. Bising/marah nenek tapi sayang tetap sayang... tak sama dgn sayang org lain..

Anim Daim said...Reply To This Comment

manja Vs nakal nie..hehehhehe

Aida78 said...Reply To This Comment

jangan ambik hati mukin dia ak meluahkan rasa hati hi2 sabar anak kian membesar banyak karenah dia hi..

dhiera said...Reply To This Comment

amboi... dalam nakal2 ni, pandai jugak dia merajuk. comel je qausar!

ummiross said...Reply To This Comment

hehe..saat-saat anak membesar ni, kenangannya tak dapat dijual beli, percayalah nanti, kita pasti akan merindui saat-saat begini. Hehe..comel je qausar majuk, pandai cari pot.

adarnadzmie said...Reply To This Comment

anak yang nak membesar memang cam tu... sabo jer la... nnt dh besar kita lak rindu nak tgk anak2 cam dulu2 balik...heheee...

cheqna said...Reply To This Comment

hahahaha
nakal hensem boy ni =)

wantie said...Reply To This Comment

pandai dia cari port merajuk ye..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Salam,

Budak-budak sebaya ni memang lasak. Mereka pakai bateri tahan lamakan memang energy tak susut langsung. Walaupun penat dan adakala rasa macam nak marah, tapi seronok tengok keletah mereka nih.

cheqna said...Reply To This Comment

kak..harganya rm180 kak

makchaq said...Reply To This Comment

Budak2 kalau baik sangat memang ada yang tak kena... nakal tu biasa la..

Yang risau takut bahayakan diri dia..macam tertekan air panas tu la...

norhidana miswan said...Reply To This Comment

makin beso makin banyak kerenah dia kan

Daddy Ziyyad said...Reply To This Comment

hahaha..dah terror bukak tudung saji!

Mia Kassim said...Reply To This Comment

olololo cumil...merajuk sembunyi belakang kerusi....hehe

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Takpe..nakal tu mknanya dia cerdik tu na..biasa ar tuh..mcm aish klu g umh org dok la celah kangkang aku xbergerak sbb takut org ambik dia..huhu

emy pokden said...Reply To This Comment

hahaha..comel pe..
aku suka budak2 gni...
nakal tp bijak...
mcm2 dia leh bt..
hah..kat umah aku ada sorang..
tp anak dara lah..sebiji cam anak ko..hehehe

Khai♥Rin : anies said...Reply To This Comment

ni namanya budak aktif...x pe... da bsr sket nnt, kita plak yg rindukan kenalan dia...

Mimy Hamid said...Reply To This Comment

apap kau rasa itu yang aku rasa...bila mak aku ada je benda bgtau pasal fayel ...fayel itu ini ...tu kdg aku rasa hantar org lain la cam ni...byk je komplen..tp bila pikir balik kita antara bertuah mak jaga anak tau...chill key

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

memang makin banyak akal.