Wednesday, September 25, 2013

kali ke 2 ayah @ ijn

aku tak pernah citer dalam blog yang ayah aku ade sakit jantung. kejadian pertama terjadi tahun lepas, masa tu aku tgh peknen 8 bulan. imbas pertama kali aku dapat tau dia ade sakit jantung masa tu aku dalam perjumpaan bulanan bahagian opis aku. ko tau la bila dah jumpa kawan² tak hengat dunia cemana kan. gelak mengekek² la kekdahnya. pastu dapat call dari laki aku... masa tu aku mmg tak dgr sangat ape dia cakap sebab bising giler dalam bilik perjumaan aku tu. aku dgr dia cakap, ayah ada kat sepital selayang, jatuh. aku pun mcm jerit skit la cakap... ape?? jatuh?? kat maner??? pastu laki aku pun cakap lagi kuat, bukan jatuh la, jantung. aku terdiam terus kooo... tak tekata ape... pastu plak laki aku cakap ayh kt zon kritikal. mmm aku mmg tak cakap banyak la.. jamuan ke mana, perjumaan ke mana... 

yang bestnye, ayah aku call laki aku, dia kan kat uitm selayang, ayah aku ingat laki aku jaga exam kat sepital, mmg sebelum tu dia penah jaga exam kat sepital, tapi hari kejadian tu, laki aku kena jaga kat fakulti. dia boleh cakap kat laki aku dia masuk emergency selayang, masalah jantung tapi jgn call sesapa bagi tau dia kat situ. dia tak nak mak ngan anak² dia tau. wah.... nak sorok la konon. ko igt laki aku boleh diam... mmg tak la. hahaha... laki aku kompem la cuak. tu yg terus call aku kasi tau. pastu plak kebetulan time tu, laki aku bz jaga exam student. mmg tak dapat nak kuar. aku cakap takpe, aku p sepital naik teksi. 

takde citer banyak, aku terus call angah, kebetulan time tu dia baru nak masuk keje. kebetulan plak lagi, laki dia tgh ada ngan dia lagi masa tu. aku cakap... korang terus p selayang, carik ayah kat zon kritikal. adik aku dah dgr mcm tu, bedesup la dorang laki bini. aku call mak, aku call aciq, ayu... aku balik tempat kemas barang² semua, naik mengah aku masa tu. ye la, kan aku tgh sarat... semua benda aku tekejar². dalam cab mmg aku tak senang duduk, rasa lambat nau dari jalan duta nak sampai selayang.

sampai je depan emergency selayang, mengelabah aku cari zon kritikal. masa tu aku rasa nak nangis meraung minta tolong. sebenarnya mmg aku dah nangis jugak skit. entah, aku rasa cuak. tak penah² ayah aku ade penyakit sebelum ni... tiba² masalah jantung. tup² dgr kat zon kritikal. ngan perot membonyot masa tu, tekangkang² aku bejalan, sesak nafas... jumpa je zon kritikal, aku nampak angah. angah bawak aku kat katil ayah. dah bedepan ngan ayah, terus aku aku tanyer... naper mcm ni yah... mmm.. air mata aku masa tu, bejurai² kooo... aku tgk muka ayah aku selamber tapi dalam kesedihan. pastu ayah cakap, ni malas nak kasi tau korang adik badek. ko ngan tengah sarat, ayah tak nak susahkan ko, tak nak mak tekejut. masa ayah cakap mcm tu, aku tgh tecungap letih jalan laju ngan bawak perut beso... ayah cakap lagi, tgk... dah mcm orang semput. aku bepaut kat katil ayah aku.. tgk wayer beselirat kat badan ayah. ayah cakap dia ok.. tapi aku tau dia sebenarnya mmg tak ok..

dok kejap tu laki aku sampai. terus laki aku jumpa doktor tanyer mcm². aku rasa mcm drama plak. laki aku cakap kat kami adek badek.. ayah serius... jantung dia mmg tak stabil. ayah kena refer ijn. tapi sebelum tu ayah kena masuk wad ccu. hah... urut dada masa tu beb. dua hari ayah kat ccu. masa ayah kat ccu. ko tau je la wad ccu jantung cemana, semuanya yang tgh kritikal. aku tgk pesakit kat situ pun naik takut. lepas kuar ccu, ayah masuk ijn. jantung ayah tesbumbat satu, so ayah kena wat angio. walaupun saluran jantung dia masa tu hanya sumbat satu, bagi aku mmg dah masalah besar. patut la selama ni ayah asyik cakap dia sakit dada. dan yang bestnyer, ayah dapat tau dia ade masalah jantung dari zaman kak icha dilahirkan. masa tu ayah malas nak citer kat sape² sebab family aku tgh seronok dapat kak icha, cucu sulung mak ayah. ko bayangkan dari zaman 2010 dia tau dia sakit jantung. setahun dia simpan cerita koo.. geram aku!

first time ayah masuk wad ijn, dia dapat bilik first class sebab wad kelas 2 semua katil penuh. tapi kat bil doktor kata dorang caj harga kelas 2. best dapat bilik sorang. besar bilik tu, rezeki ayah le time tu. kami memekak anak branak pun tak sape fedulik. hahaha... nasib baik la opis aku tanggung rawatan ijn, lega! tu yg proses dia cepat, alhamdulillah. 3 hari ayah kat ijn. ayah cakap buat angio pun sakit, cemana la orang yg buat bypass.. mmm, kalu rasa takut, sila berhenti rokok ye ayah... tapi tak... ayah aku perokok yg tegar! dah buat angio pun dia menten berasap. nasihat?? tak makan saman! 

lepas rawatan angio kali pertama, ayah menten ada check up kat ijn. beberapa bulan lepas kuar ijn, ayah nmpk ok. tapi makan setahun, ayah cakap sakit kat dada datang balik. hah... kami dah risau balik. khamis lepas, ayah mkn sampai 15 biji ubat bawah lidah. tu mmg sakit betul tu. yang tak bestnya, malam tu kami nak anto dia p ijn, bekeras dia tak nak. dia nak jugak tunggu esok, lepas solat jumaat dia nak pegi. eiii... aku mmg geram giler dah ngan dia masa tu. aku cakap, aku nak call ambulan soh datang amek dia. dia boleh gelak ngko. dah esoknya, aku call ayah dah pegi ijn ke blom kan.. dia cakap tak jadi sebab dah tak sakit. Ya Allah... kenapalah ayah aku mcm ni... adik aku siap cuti kekdahnya nak p anto dia kat ijn. ayah kata tunggu selasa la, mmg masa tu tarikh dia kena masuk wad pun. kenapa ayah aku kena msk wad balik, mmm... sebab lagi 2 tesumbat. doktor kata, kena buat angio lagi. kalu sakit gak lagi dan ade sumbat gak lagi lepas angio kali kedua utk 2 saluran tesumbat tu, mmg kompem kena buat bypass. tebuntang biji mata ayah masa tu. hahahaha.... nak kata ape, cakap orang tak nak dengar kan. 

ayah aku ni, kalu bab makan, mmg dia pantang abes. dia mmg jaga pemakanan dia. air batu mmg tak penah dia minum. tapi bab rokok, takde istilah pantang dalam idop dia. kalu anak² minum air gas, dia punyer marah giler, siap marah² soh kami brenti minum air bergas. aku cakap ape.. boleh, kalu ayah nak kami brenti minum air bergas, ayah brenti rokok sama. terus dia wat dekkk ngan aku. hahaha... semalam, ayah dah kena masuk wad, masa kami dah nak balik, dia siap follow sekali. siap ikot kami ke parking, aku cakap la tak payah, ayah kan nak p surau, dia kata takpe... rupanya ape ko tau.. dia nak betenggek bawah pokok kat tepi hway ijn tu nak berasap. haduhhhh.... ketegaq tahap gaban sungguh la ayah aku ni. dia kata last, nnt tak boleh keluar dah. mak aku siap tepuk dahi. mak aku siap soh balik, dia cakap tak payah la wat angio kalu tak reti berenti rokok. ayah aku wat bodoooo je. hahaha..

 muka hepi dapat masuk sepital. hahaha... 

lawatan anak², menantu² dan cucu². ayah cakap, ayah baru kena masuk wad sebab kena puasa, blom buat rawatan ape² lagi korang dah datang. hahaha... kami mmg, ayah checkp up kena buat MRI pun kami semua adik badek dan menantu teman ayah. kelakar... satu family ikot. ko tgk muka hepi qausar. giler seronok dia kat situ. habes semua pesakit dia salam. uncle cina yg tak larat nak duduk tu pun dia nak p salam. hahaha... dia punya hepi dapat bebas belari kat dalam wad tu, tau je la wad dia kan besar.. penat aku mengejar. dalam kaunter nurse pun dia boleh mencelah masuk. grrrrrrr!!!!

mak aku plak, dia mmg pantang, orang yang dia tak kenal pun dia suker tegur tanye mcm². mak aku ni peramah dia lain mcm skit. dari katil ke katil dia p sembang. boleh jadi wakil rakyat mak aku ni. pastu peramah dia menurun kat sape, kat anak aku la... qausar kan suker tegur orang. hahaha.. tu tgk, ralit sungguh dia sembang ngan pesakit depan katil ayah aku. siap ajak bini orang tu tido kat umh dia lagi, dia kata jom la ikot saya balik rumah, tido kat umh saya, sakit badan tido kat kerusi, esok kita datang balik sama².  ha... ngko mampu! hahaha



hari ni ayah kena wat angio... harap dipermudahkan segala urusan. amin!

17 dok ngomen:

eMMe said...Reply To This Comment

boleh saya baca entry ni sampai habis, sebab nak tau kesudahan citer ayah Sis, moga Ayah Sis cepat sembuh ya.. inshaAllah, tapi kan Sis, ade org ckp, kalo nak brenti merokok, takleh terus brenti, kene slowly, tu yg bahaya tu... hope jantung ayah sis okey... kite doa sama2 ok!

safurara said...Reply To This Comment

hahahaha,mak mak mmg cm tu kot kan kak.sume org g tanya sakit apa.pas tu cerita balik kat kita.hehehe

Unknown said...Reply To This Comment

huhuhuhu, sedey baca entry nieza kali ni...

apa pun ai doakan semoga ayah nieze diberi kesihatan yang baik, insyaAllah ameen

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

Hadoiiiii ayahhhh hadoiiiii makkk!

sudipVSsenduk said...Reply To This Comment

moga Allah permudahkan segala urusan buat ayah nieza dan keluarga.. Amin

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

lepas ni ayah NM kena jaga kesihatan dia..moga dipermudahkan segalanya..

lieyalatif said...Reply To This Comment

ayah ko kurus jek kan noks...ade plak sakit jantung...alahai sian ayah ko...same2 kite doakan kesihatan dan kesejahteraan beliau yeak....

pakcik jaga diri key, jgn buat keje berat, makan pun jaga....moga pakcik sihat selalu...

qausar jaga atuk baik2 tau....

wahida said...Reply To This Comment

1) geram pulak aku dgn ayah ko ni noks...eiiii, kalau aku ada kat situ pun, sure aku dah membebel kat ayah ko...hahaha...

2) aku geram tapi aku kesian kat ayah ko...harap pakcik cepat sembuh...dan semoga angio pakcik eman manan ni berjalan lancar... :)

3) comel giler si qausar tu duduk comel atas katil mcm tu jah..rasa nak tangkap dia je...

4) aduhai kelakar la mak ko ni, mak ko ni boleh geng dengan mak aku, sama je konsep nya...hahaha...
tak menahan mak ko siap ajak bini org tu balik umah tido umah mak ko...kahkah...

norhidana said...Reply To This Comment

baca ntry ko nih kak... mule2 nk sedih tp jd gelak lak... ngn perangai abah ko yg antu rokok tu lah.... dh msk ward bagai pun still berasap lg...
aku tgk kan mak abah ko mcm mak abah aku kurus selim je tp anaknyer yg sorang ni beso mcm apa...

mak ko mcm mak aku kak, peramah sgt... asal jmpa org msti nk tgr...tak syok kalu tak borak2 katanyer

semoga abah ko selamat n sume berjln lancar yek kak

Ibu Lala said...Reply To This Comment

Suami sy buat angio thn 2009 dan 2012. Aduh sakit dada weh kalau one of the family kena skt jantung ni. Dia immediately stop smoking after buat angio tahun 2009 tu.

wantie said...Reply To This Comment

My step father pun ada sakit jantung. Tapi tak sure serious ke idak. kalau idak kami tak tau, lepas dia dapat surat saman ekor 5 tahun lepas, terus dia jatuh terduduk.

gi la check, dr. cakap my step father ke serangan jantung. Ha..terkejut memasing rasa mcm nak pitam pun ada.

ye la kan, kita ni sebagai anak bila ayah sakit, semua jadi mcm panik. nak tau itu ini . kalau ada anak ke sedara ke yg jadi dokc. sure tak sudah sudah soklan dok tanya.

event itu bapa tiri aku, Tapi aku sayang dia.

Bila ayah sakit, kehadiran anak menantu memang diharapkan, cuma dorang tak nak lafaz keluar je kan..

Unknown said...Reply To This Comment

BAPAK BUI PUN PEROKOK TEGAR TAWW..DARI UMO BELAS TAHUN DH MEROKOK SAMPAI UMO DH 58 THN..BADAN PUN KURUS MCM AYAH AWAK..P,ALHAMDULILLAH SETAKAT NI KESIHATAN DIA OK JER..

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

- susah juga bila abah jenis tak nak berhenti merokok ye

- mak peramah dan luhur sampai nak tolong org tu tidur rumah sebab tahu susah tidur di hospital.

dear anies said...Reply To This Comment

hmpr sm mcm kes jiran sy...mmg kuat merokok... msk hosp da mcm rumah sendiri...

syafakallah pak cik

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Selalu cite kat blog ni hepi2 jak....tetiba hari ni sedih.....moga ayah awak cepat sembuh.....

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Mak ko mmg bestla nok..aku mmg suka sgt kt dia..dh anggap cam mak aku dj weyhh..

Rindu aku kt dia nk urut2 aku..
Ko kim salam dia..
Semoga abh ko ok lps buat bypass..
Amin

aizamia3 said...Reply To This Comment

olahan cerita buat nak tergelak dalam sedih dia ni lah.. ;)

apa-apapun moga pakcik cepat sembuh hendakNYA.