Monday, July 1, 2013

rainbow cake

aku memang suker pelangi, kaler pelangi. cantek... dan aku bukan manusia yang suker akan satu kaler. aku suker semua kaler dan senang cakap, aku ni suker warna warni. bila dah plan nak wat bufday party qausar, aku dah terus nekad, tema hari itu harus rainbow dan colour block. mujur en. suami setuju seadanya. misi mencari tempahan kek pun dijalankan. dalam banyak² yang aku servey, aku berkenan betul ngan hasil kerja tangan kak zai. aku gugel mcm² kek pelangi, aleh² geng blog jugak menjadi pilihan. berurusan melalui tepon dan email berjalan dengan lancar. mula² bertanya melalui email, pastu bila dah semakin rancak, aku terus call dia dan buat pilihan ape yang aku nak. sekali cakap, kak zai dah faham. ye la, otai katakan... takat design yg mcm aku nak, ape la sangat bagi dia. hehehe...

kak zai seorang yang sangat peramah. cuma dia tak suker menonjol dalam mana² blog. masa nak amek kek ni pun, aku beriya nak bergambar ngan dia. dia siap larik masuk dapo koo.. kelakar sungguh masa tu. aku tarik tangan dia sampai tekena kuku masa tu. hehehe... sori kak zai ye. 

kak zai dok dekat je ngan umh aku. kat taman melawati je pon. dah tempah sila ke rumah dia amek sendiri ye. urusan penghantaran tidak dilayan. hehehe... bisnes dia di rumah je..masa aku amek kek ni, banyak tempahan dia. mmg lepas ni, kalu ade ape² majlis yang melibatkan kek, mmg aku tempah ngan dia je le.. 

aku order 2 kilo, tapi kak zai buat hampir 3 kilo. sedekah katanya. terima kasih akak... masa aku amek kek ni, haish... tergedik² aku kekdahnye. tgk cantek bebenor. gambar tu korang email je kat dia. nak bentuk cemana, nak jenis kek cemana, gambar ape... corak cemana, korang bg je tau kat dia. semua dia buat sendiri. mula, aku igt gambar qausar tu size biasa, ala.. size yang mcm kita beli kek biasa tu kan. sekali tgk.. mak ai... besar ngupanya. mmg puas hati teman yob!

 cantek kan bila bersama candy² yang pelbagai warna tu. mmmm....suker!

aku amek kek ni seawal jam 10 pg. majlis kan start jam 3ptg. jenuh aku nak carik peti ais nak sumbat kek ni. alamak... sekali teringat puan ila, aku call la dia tanyer boleh tumpang kek tak. dia kata ok. lega... pastu entah cemana, aku tertanyer kat kak zai, nasib baik dia cakap awal, jgn letak kek ni dalam peti ais, nnt gambar edible kembang. fuhhhhhh.... lega kak ton!!! klu tidak mau kak ton nangis kuar susuk noksssssss... hahahaha... eh, kek ni kompem la sedap. mmg sedap uolsss... tak caya sila la try order. sekelip mata je habes kek ni uolsssss...

harga kek ni RM115, murah kan... berminat dengan kerja tangan kak zai.. sila hubungi beliau ye.

KAK ZAI : 019 240 1346
Tmn Wangsa Melawati, Kuala lumpur
email : zainab08@ymail.com

deposit at least 50% dari harga atau bayaran penuh sebelum kek di buat ye kekawan!


n3 kek qausar dah masuk blog dia. tiap kali order, gambar akan masuk blog dan fb. terima kasih kak zai, saya akan terus carik akak lepas ni utk tempahan akan datang. 

14 dok ngomen:

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

memang cantik kek tu. very rainbow hihi

Ibu Lala said...Reply To This Comment

sy pun selalu tempah dgn kak zai gak.

nak tny, candy tu beli kat mana ek? party tu buat sendiri ke atau mmg ada organizer. nampak menarik.

NM02 said...Reply To This Comment

ibu lala, n3 pasal candy tu esk saya up n3 ye...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rasanya penah tau la kak zai ni..ada kawan yg ckp dia buat.kek sedap...

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

wakakakkaa....haruskah ckp nangis sampai kelaur susuk ituuu...hahahaha...

safurara said...Reply To This Comment

tp kek tu mmg cantik kak.akk xcite pon kek tu sedap ke x.bahagian dlm akk x tunjuk pom =( hehehe.banyak lak songeh kan.hahaha.akk cepat2 next review.candy buffet!

Bunda_nora said...Reply To This Comment

assalam,
memang nampak cantik sangat kek rainbow tu,,berbaloi lah harganya..dengan besday boy yg cute mute,tembam mambam tu..

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

Ala tomeynya kek Qays ni.

K.zai said...Reply To This Comment

salam sharina..
T.kasih byk2 sampai buat n3 utk saya sekali..t.kasih sekali lg sudi order ye..

K.zai said...Reply To This Comment

oppss lupa meriah betul candy buffet tu..

ummiross said...Reply To This Comment

Memang cantik betul kek tu, suka juga tengok gambar Qausar yang jelas tu.
Kalau dekat mau je ummi order juga kek K.Zai ni..

ana said...Reply To This Comment

meriahnyer....

norhidana said...Reply To This Comment

dekat tu wangsa melawati, nnti2 nk try lah gk... tp bday aiyan thn ni jth time bulan pose lak huhuhui...

Puan Ogy said...Reply To This Comment

happy belated besday qausar..soriii aunty baru bkk blog...:P..