Wednesday, June 19, 2013

9 tahun jasanya


aku dapat iron ni hadiah perkahwinan dulu. aku igt lagi, org yang kasik hadiah ni akak senior opis aku. masa tu dia tanyer aku, hadiah ape yang tak dapat lg. aku cakap iron. esoknye dia bagi hadiah ni. walaupun jenama nan hado, aku hargai sangat... dan walaupun jenama dia tak femes, tapi taraf dia serupa high class. ha gitu... maksud high class aku, dia mcm iron yang berjenama, sebab sesetengah iron biasa, ko gosok la panas cemana, susah nak ilang kedut. tapi iron ni tk mcm tu, sekali gosok tang lengan baju, gerenti tajam punyer. ko tgk le, dari putih melepak kulit dia, sampai dah jadi kuning kekdahnye.

jangan kata kuning, tapak sampai bekarat koo.. mau taknye, dah brapa banyak kain dia makan. tu hasil leka aku le. puas sental ngan berus dawai, jadik jugak lagi. last dia makan, seluar baju melayu lakik aku, tu yg sampai jadik ngupa gini. huwaaa.... dah la baju melayu tu mak aku belikan. pasrah!

dua tahun lepas, asben aku gigih beli iron baru. tapi aku ni jenis selagi boleh pakai barang lama, aku pakai sampai betol² rosak. 14 jun 2013 tamatlah perkhidmatan megatop dan selamat berkhidmat kepada electrolux! dah pakai barang baru ni lagi cepat keje aku. aku ni jenis suker gosok baju utk 5 hari terus. baju aku ngan baju asben sekali. klu tidak, aku rasa tak best. selalunya aku akan mengosok tiap jumaat mlm utk baju mggu depannye. sabtu ahad adalah hari santai aku bersama suami dan anak. nak kuar bejalan pun hati tak resah, kerje ngumah semua dah setel. lagi satu, aku mengosok mesti ade iron board, kalu mengosok atas lantai, rasa baju tu mesti kedut seribu balik. bila aku dh rasa mcm tu, mesti aku naik hangin, rasa nak komot², gumpal² pastu buang dalam tong sampah. dasyat tak imaginasi aku. hahahaha



tak sabar nak gosok baju sekolah qausar. ahaksss

36 dok ngomen:

Lya Colours said...Reply To This Comment

iron rumah saya pon electrolux jugak. sedap pakai laju je gosok

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

wow lama bertahan

SYANI said...Reply To This Comment

Saya pun baru je beralih ke steam iron. Best.

Khai♥Rin : anies said...Reply To This Comment

wahhh lama tu perkhidmatannya... ;-)

Eye_nee said...Reply To This Comment

part mengiron baju buat mak ngeri nak mikionye noksss oiiii...baju akk 5 pasang..baju laki akk 5 pasang...baju sekolah agama Yana 5 psg baju sekolah kebangsaan 5 + baju sukan 3 pasang...kejung kaki mak berdiri nokssss....

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

wahhhh 9tahun,lama tu.means dh 9 tahun lah akk kawen kan.hehehe.tp brg dulu2 mmg elok pon kan kak.

eh saya pon sama,hari ahad tu,sy akan gosok 5 hari punya baju trus.tudung je gosok hari hari sbb xleh pk nk pakai tudung apa lg.

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

bape harga iron tu kak?

NM03 said...Reply To This Comment

tak igt la rara. beli masa tu promotion utk members kat senheng

Kakzakie said...Reply To This Comment

3-4 tahun lagi kenalah iron baju Qausar ke sekolah tadika.

Dee said...Reply To This Comment

k dee pakai panasonic besi berat tu..itu je jenama pilihan hati..kalau yg light2 mcm ni tambah kalau nak kena bubuh2 air..maleh aku..kehkehkeh..

Rai Ourkizuna said...Reply To This Comment

saya tak suka iron baju..hahaha.

Ratu Hatiku said...Reply To This Comment

barang dulu mmg tahan tp kebayakan brg skrg beli sekejap dah rosak...

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Eh, aku pun simpan g iron lama. Dari zaman aku belajar smpi le dah beranak ni ha......hahahaha!

JunAina said...Reply To This Comment

Akak kadang2 tak gosok pun capai2 je yg mana tak perlu gosok...dasar pemalas.

baju sekolah anak. Letih. Sekolah kebangsaan, sekolah agama dan 3 orang anak. Kiralah kalau sehari sepasang baju!

aizamia3 said...Reply To This Comment

selagi boleh guna memang akan kuguna sehingga tamatnya riwayat dia.. sama arr kita.. ;) tapi ai punye masih baik lagi..

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

amboi lama betul berkhidmat sampai dah makan kain tuan dia...

~Siti Hajar~ said...Reply To This Comment

lamanya tahan iron tu, sy ni dah 5 ke 6 ketoi iron dlm ms 10 thn ni...huhu

ala sweet je ayat xsabo nk iron bj Qays...hehe

emy pokden said...Reply To This Comment

adui..benda alah meng iron ni lah yg paling aku malas...asal aku gosok kemeja laki aku jer confirm berkedut gak..nasib laki aku tu kerja ala2 seni..kedut bini gosok pun seni gak..hahaha

AdaM Hawa said...Reply To This Comment

jasamu di kenang.. hehehehe.. berbaloi 9 thn tu..

:: Mrs.Eady :: said...Reply To This Comment

giler lama!

cheqna said...Reply To This Comment

mmg lama r khidmat iron tu

ummiross said...Reply To This Comment

berbaloi pakai kan, banyak jasanya.
Comelnya iron elecrolux tu..berkenan pulak ummi.

ummiross said...Reply To This Comment

Oh ye lupa, perfume tu memang ummi nak jual, ada 5 botol, ummi nak satu je, yg lain2 tu nak jual. Kalau berminat bagitaulah ye.Terima kasih.

wahida said...Reply To This Comment

teringat iron steamer yg ko jual kat Lah guard dulu tu nok...aku punya jugak yg duk ada dlm stor tu...hahaha...nyesal beli...aku tak suka pakai iron steamer...iron berat jugak aku suka pakai...

bunga_rose said...Reply To This Comment

haah kan, iron hari jumaat, tak payah penat2 dah sabtu ahad.. thanks for the idea hihhihi

lizz said...Reply To This Comment

kemain lama bertahan iron waa..lepasni mesti rajin menggosok semua benda nak diiron kan...lagi berapa tahun ek qausar sekolah...

makchaq said...Reply To This Comment

Canggih iron baru tu... macam teknikal je rupanya...tapi warna kiut...he he..

❤Kamsiah❤ said...Reply To This Comment

tak suka...tp terpaksa..tiap ari meng iron baju hehe

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Lamanya perkhidmatan iron tu yek...aku punya mesti rosak di wayar tu....huhu

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

hehehe bajy jasa dah tu !

Ainim Suju said...Reply To This Comment

rajin akak gosok baju utk seminggu..dah lama saya tak buat cenggitu

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Ingatkan apa lah tadi. Iron rupanya ☺☺.

Puan Bui Junaidi said...Reply To This Comment

BUI PAKAI TEFAL..OK JUGAK..

norhidana miswan said...Reply To This Comment

walaupun takde jenama tp kualiti ok apa ada hal kan kak...
aku mmg jenis mls, sejak mak tek duk ngn aku mmg baju aku hari2 dia iron... ahak2... lg teror kn

wantie said...Reply To This Comment

akak ni tatap ngan jenama PANASONIC. jenis hat berat tu. kalau hat jenis ringan ni. wat teruk dok gosok. idak nyer nak ilang kedut..

tapi kan.. electrolux tu mcm best je.. tak pe urut janggut hubby, pas tu sure dia belikan. hahahahaha

Cikda said...Reply To This Comment

cikda x suka iron baju..huwa....

tapi iron hadiah tu memang sgt berjasa..
tapi iron yg baru tu kuit la..