khamis, 4 nov 2010
6 ptg
balik keje khamis lepas, singgah stesyen minyak cap kerang utk mandikan evo en. suami. giler lama tak begerak evo kesayangan dia ni. sampai kena wat penafasan mulut ke mulut la. merajuk betul dia. kesian mini kuper ai. terpaksa sedekah nyawa dia skit bagi kat evo en. suami [jumper]. walapun kecik mini kuper ai tu, jasa dia bagi penafasan mulut ke mulut dengan evo dah jadi kebiasaan. tu la, evo ni sedap sangat dok dlm kandang. mentang² kami manjakan dia. amboi...
jumaat evo kena kuar kandang dan jalan jauh. tiba masa utk mini kuper manjakan diri plak. evo mmg banyak berehat, tapi bila sekali begerak.. tu dia... takdak sejam dua ok. hehehe...
senyum manja si evo ni bila dapat mandi buih. siap gosok gigi lagi. cuma ai tak sempat nak snap gmbr budak tu tgh gonyoh gigi dia. [basuh enjin daaa]
tgh syok layan evo main biuh, en. suami belikan ai eskim ni. korang penah mkn eskim ni? rasa dia... mak ai, mcm kunyah cuci pingan perisa kiwi je. yekk... tak sedap langsung. kalu perisa lain tak tau le plak. tapi yg ini, nan hadooo!
seronok layan budak² tu dok gosok evo. dorang siap bejoget lagi sambil layan lagu waka waka.. hehehe... suker la evo tu bila kena belai manja. ah ngade!
ok, evo dah siap, balik umh packing ape yg patut. esok awal pagi dah nak kuar.
jumaat, 5 nov 2010
6.30 pagi
giler pagi kami bangun. bila kami dah siap, kami kejutkan budak cikenot. adoi.. dia mula wat perangai plak. datang la ngade dia tak nak mandi. bila pujuk baik², ok dia nak mandi.. tapi tak nak gosok gigi. ah hai.. ok, sabar lagi. tak nak basuh rambut plak.. ha.. ni dah mendatangkan angin monsun barat daya ni. ape lagi... jirus sama dia. hahahaha...
yong anak gajah! yong anak gajah!... mcm tu la dia jerit marahkan ai. lantak kau la dik. anak gajah ke anak katak ke, janji kau dah kena jirus. hahaha... kesian plak kat dia. terus paklong pujuk. lagi le tambah ngade. mencik! teresak² dia nangis. tak mau sikat rambut, tak mau pakai minyak wangi, tak mau itu tak mau ini, tapi minta susu ngan ai. amboi... yang itu tau plak merayu kat yong anak gajah dia ni. hishhh!
7.30 pagi
ok, dah ready semua, kami gerak 7.30 pagi. terus menuju ke tol sungai besi. mula nak tunggu kak ina kat situ. oh ya, lupe nak habaq. kami ke melaka 3 biji kete. kami, kak ina sekeluarga dan kak eda sekeluarga. motip?? jalan² perabih duit. hahahaha.
bila dah call kak ina, terus tukar plan lain. jumpa semua kat tol ayer keroh. lagi senang. dalam perjalanan, tgk ape yg jadi...
mula² kacau paklong tgh drive.
pastu main game
ikat tali pinggang buat buaian bear dia
mula² conteng kertas, pastu conteng tangan plak
habis bosan, dia p lap cermin depan belakang. adoi.. lantak la dik. asal kau diam
sampai melaka dalam jam 9 lebih. punya la lapar giler. tunggu yang lain, pastu p breakfes kat taman mini.
sambung jap lagi. tunggu tau!
0 dok ngomen:
Post a Comment