Monday, November 15, 2010

apa cerita hujung minggu?

salam semua! ape habaq? harap semuanya ok ye. lusa nak sambut raya, harap² sape yg domam tu dah kembali sihat lah ye. ai pun dah ok skit ni, cuma batuk tu dok ada lagi le. suara yg sengau ni pun tinggal saki baki je. mm.. smlm p tgk qalesya, dia plak yg demam. demam nak alih bulan kot ek. ke dia rindu kat mummy dia sbb lama tak jumpa. ahakss.. 

citer kat melaka lom tamat lagi, tapi ari ni nak n3 citer hujung minggu dulu. aci tak? boleh je kan... tapi kesah melaka tu tetap akan ditayangkan, kalu rajin sebelum cuti raya nnt.

sabtu, 13 nov 2010
3 ptg
nilai

sabtu lepas, kami telah dijemput oleh untie [ kakak ayah ] dan uncle ke majlis pertunangan anaknya di nilai. amaran utk menyertai rombongan ini telah berulang kali di hantar kepada kami. hikhikhik... kami kompem pegi le untie. risau nau takut anak buah kesayangan dia ni tak turut serta dalam misi ni. hehehe..

ok, ai tayang dulu gambar bapa bakal pengantin pompuan yang dok tunjuk sebentuk cincin dari pihak lelaki. yang pakai baju batik hitam tu le uncle ai. siyesnyer muka yu? cerita lanjut akan menyusul kemudian. hehehe.. tunggu tau.

oh ya, balik tu kami singgah umh adik ipar di kuaters nilai.

ahad. 14 nov 2010
4.30 ptg
taman layang²

ahad pagi kami tak kemana. lepas mkn tghari kami cuma lepak kat rumah je. cuaca mendung dan terus hujan. huh... buhsan sungguh. kerja rumah semua dah beres. baju keje pun dah siap gosok. lepak²  layan tv aje. encik suami plak tak habis² layan dvd dabel trabel dia tu. adoi.. ape nak buat? mula tu ai bersuara kat en. suami ajak dia p jogging. dia senyum sinis sambil wat memek muka mcm betik separuh masak. cet..

terus text ayu. wah!!! ayu seperti berminat. "ok, siap.. nnt aku amek kau!" ai pun terus bukak lemari kasut mencari kasut sukan yg sekian lama teperap. en. suami hanya memandang seolah "ye an je la tu." ai amek kasut dan test depan dia. wah gitu.. mana la tau, kot² kaki ai tiba² membesar mcm body ramping gebu tuan dia ke. hehehe..

ok, cun, kasut masih boleh diguna pakai. ayu text lagi, dia otw amek ai. sekali lagi ai besuara pada en. suami, namun hanya jeling tanda "lepak umh lagi syok." dan ai besuara, "kalu berat ai turun yu jgn jelas okeh!" hahaha... dan dia balas "ape² jadi call dia." maksudnya? hello... tgk tenaga la okeh!

misi lari² anak ini bukan hanya kami berdua saje. tgk tu, ramai tau yg sertai misi ini. semua nak kuruskan cuping telinga. ahakss.. tak ketinggalan kak sue, abg aiman, kakak yaya dan adik syasya. semua terkinja² nak join. marzuki? tido lagi besttt....

nampak tak.. semangat kan mereka semua. cuaca mmg mendung, xceli baru lepas hujan tapi mcm mau hujan balik je. tak pe.. teruskan lari² anak dulu.

ini mau jogging ka mau posing. 

ok la, sambil jogging sambil posing. penat berlari kita bergambar. 

tak sempat pun nak pusing satu tasik kat taman layang² tu. sebab hujan lebat da.. hahaha. tapi kuar jugak la peluh walau hanya belari anak. next time kita pergi lagi okeh.

dah tu kami singgah kedai mamak. ayu la ni, sibuk nak p minum. patutnya lepas jogging minum air masak je. ni belasah minum ais. hujan lebat masa ni.

nampak, bukan sahaja kami layan air batu ye, tapi siap ngan roti canai. baru nak hilang lemak, dah simpan lemak balik. harus bagaimana? rojak tu kami beli kat taman lyg² tau. sedapp.. masa tgh syok mkn ni, tiba² kakak yaya besuara, "ibu.. knp bumi kita takde salji? bumi orang putih tu ada?" erkk... tecekek aku jah! kakak yaya dok pk bumi mesia ngan bumi mat saleh tu lain. dan dia pk, bumi kelantan dan bumi kl tu juga beza. hahahaha... rasa nak guling sambil korek idung je. 




kakak yaya tu kalu layan lebih, buleh hantuk kepala kat dinding nak bg jwpn kat dia

12 dok ngomen:

Fieza79 said...Reply To This Comment

wahhh ujung mgu yg penuh dn ceria...pengisian masa yg meriah...sonok tgk u olz..!

ana said...Reply To This Comment

rajin gi jogging...ana dh lama x jogging, masa student dulu rajin la.

Unknown said...Reply To This Comment

steady la..
berjoging sambil berposing.
Joging bagus untuk kesihatan..
Berposing dapat rehat masa berjoging..
Hu3..

NM02 said...Reply To This Comment

fieza,

seronok... lenguh dah kaki tangan ni. hahaha...

NM02 said...Reply To This Comment

ana,

ni pun kira buang tebiat kot. brape lama dah kasut tu terbiar je. last2 kasut tu tercabut tapak. hahaha.. kesian...

NM02 said...Reply To This Comment

jamiel,

ye betul. nape ek.. kita dah wat blog list blog awk tapi tak kuar dlm blog list kita.

wahida said...Reply To This Comment

kau kan jah...jogging nampak? ke lari setempat? wakakakaka!!!!! (lari sambil korek hidung...)

Ati Masrif said...Reply To This Comment

teringin nak jogging tapi xde tmpt kalau di tmn rumah ni segan lak ..dmana tmn layang2 tu?

NM02 said...Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
NM02 said...Reply To This Comment

kak jah,

kau perli aku kan. walaupun aku belari setempat sambil kurek idung, tak setanding ngan kau yang belari sambil ludah pintu. hahahaha


skang nak lari sambil main buih air liur.

ct shah said...Reply To This Comment

kak ena,saya pun nak join lah.nak hilangkan spare part kat perut ni ha.tapi apsal kak ena joging cam makan angin jer kekdahnyer?siap taram roti canai ngn ais lagi pastuh.:p

NM02 said...Reply To This Comment

cik yam

kami jogging sambil layan gambar. hahaha

tu la kekdahnye, lepas buang lemak, simpan balik lemak. hehehe