Wednesday, May 24, 2017

romadon menghampiri

assalamualaikum semua

terjentik naluri untuk bertandang ke sini. lamanya menyepi. berjanji cuba tak berhenti tapi jiwa meronta ah.... usah dipeduli. tiap kali niat tu datang tapi bila cuba untuk memulakan, ada saje yang tak kena. kenapa semangat aku tak seperti dulu. semakin sepi blog ini, mungkin suatu hari akan tggal kenangan... 

ini semua poyo!!!

hahahaha

hi uolsss

aku datang ni. ingat lagi ke idok kat kite. hahaha... bajet pemes!

saje nak syok sendiri hari ni. lamanya tak bebel sorang². dulu kemain taksub ngan berblog. skang hampeh. 

aku, mcm biasa... takde ape yang berubah atau menarik. skang lebih suker berdiam dan bersendiri. mungkin dah rasa diri semakin tua. hahaha...

hari hari yang aku lalui sama macam biasa. membesarkan dak aus mcm biasa. ha besar dah dia skang. membesar bagai johan. daddy dia pon tak larat nak dokong dah apetah lagi aku. 

aus... semakin matang. banyak benda yang berubah pasal dia. skang dia lagi banyak nasihat aku, contohnya kalau aku kalut nak cepat ke ape ke.. dia suker cakap mami, sabar itu separuh daripada iman. 

kalau aku marah², dia cakap sesungguhnya amalan itu dinilai dengan niat. aduhai anak... habis hadis² dia baca depan aku. hahaha... sonok je aku dgr dia nasihat aku cara macam tu. 

hai... nak cerita pasal aus mmg tak habis. tu lah satu²nya anugerah yang aku ada. 

suami? ermmmm mcm biasa jugak. tulah teman gaduh, teman gelak, teman tumpang akaun beli barang kat lazada. hahahaha... teruk betul perangai aku. boleh pulak sekali tu aku nak beli ape entah, dalam mu2 aku dah zero. aku cakap pakai duit lakilah, nnt baru bagi tau. niat tu dah dtg tak baik kan... tapi aku tak pedulik... hahaha.. beriya la aku log in akaun dia, buat bayaran bagai, klik utk TAC bagai, aku tungguuuuu lama. mana la nombor tac tak sampai kat enpon aku. 

hoiiii!!!! dh hilang akal kot aku ni. sekali laki call. awak beli ape sayang... hahahaha... matilanakkk!!! time tu kau rasa nak nyorok kat bilik tangki air. hahahaha

mmg mengong jgk aku ni. dah sah² kau log in akaun laki kau. pastu kau bajet nombor tac tu sampai kat enpon kau la... giler! tapi laki idoklah marah, dia bagi je nombor tu kat aku. cuma aku la rasa besalah yang tak berapa nak rasa. hahahahaha

bila fikir balik, eh syokla mcm ni. datang giler sekali sekala. kan...

hah, ape lagi nak crita... eh ada ke orang baca ape aku bebel ni. hahaha

dua hari lagi nak posa. rasa tak sabar sebab bulan posa best! angin dibulan romadon lain dari yang lain kan. rasa syahdu je.. rasa keinsafan tu lebih. 

semalam aku pegi the store kt m3 mall. korang tau, depa dah pasang lagu raya. hebak wooo... nak keji tapi sonok plak dengar. ah tak kesah la walo belum puasa pon.. alah entah² engkorang pun dh start dengar lagu dendang perantau. hahahaha

baju raya dah tempah? aku... belom wei. baru tadi call tailor. nasib le nak amek lagi. aku mmg gini, suker last minute. laki aku cukup bising. untuk aus dah separuh siap, cuma tinggal baju melayu, kasut dan seluar jeans aje.

budak tu minta nak jeans panjang kali ni. dia mmg tak sajak pakai jeans panjang sebab dia gendut. hahaha.. iyee... size skang pun 10-11 / 11-12. tu suar pendek, ok lagilah dgn badan dia. kalau suar panjang, jenuh nak anto kedai pulak. untuk size mcm tu kompem labuh punyer. tgklah cemana, kesian pulak kat dia. sabtu ahad lepas dah sakan kuar shopping. ni isnin ngan semalam pun sama. oi lenguh dah kaki aku wei. konon laki aku kata malas nak kuar time puasa, ko tgk la nnt... mesti kuar jugak punyer. sebab ape... suasana shopping time bulan puasa lain kan. walo bersesak. tunggu la kalu tak caye. 

aku teringin nak pegi jalan tar. kesian kan. betul... last aku pegi tahun lepas. bersesak tgh malam lagi berapa hari nak raya. bawak aus pulak tu... ya ampon.... kesian kat dia. tak bawak kesian pulak. asyik kena tggal je. bawak dia... aduhai... nak dokong memanjang. dia pun lemas dalam lautan manusia. ape aku nak carik kat jalan tar pun aku tak tau. kalau aku tau nak beli ape pun, nnt dah bersesak benda yang nak beli terus tak jadi. dulu masa berdua selalu la pegi pasar malam jalan tar. skang nak bersesak pun rasa malas. up town pun sama. walhal dekat ngan rumah. yang dekat tu lah mmg susah nak jejak. 

ahai... member dah ajak g tapau. oklah, kalau ade masa aku hapdet lagi. kalu tak tunggu nak raya sok lah kot. aku hapdet ucapan hari raya je. hahaha..

bai korang. jaga diri... selamat berpuasa uols!!!

muah,

-mummy qausar-




4 dok ngomen:

Husna Rahman said...Reply To This Comment

hahahah..lawak la

selamat berpuasa kak!

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Salam ramadan bebs ..

aizamia 3 said...Reply To This Comment

Salam Ramadhan..
Hahaha.. kelakarlah part beli barang guna no acc en. Suami tu..

Pokok Manggis Depan Rumah said...Reply To This Comment

Salam ramadan. Macam-macam cerita kan.