Tuesday, June 17, 2014

takde citer lain....

semakin hari aku semakin malas nak hapdet. tapi sebab takot peminat larik, aku gagahkan jugak buat n3 merapu. ade peminat ke ko ni jemah oi... masuk bakul tak larat nak angkat sendiri. hahahaha.... skang ni takde citer lain, hari² citer dak qausar. minta maaf lah ye, kalu bosan aku asyik up pasal anak, korang tak payah la baca ye. aku ni skang tak bejalan maner. weekend je bz ngan bisnes lain. maklom la, gaji ciput, so kena la carik duit sampingan. so takde la n3 yang best utk dikongsi.

3 hari lagi qausar dah nak masuk 2 tahun. pagi tadi aku bangun tido, aku pandang je anak aku. tinggi dah dia. dulu masa baby, riba dia muat² je atas pangkuan aku. skang kalu riba, tejulur dah kaki. hehehe.. aku mmg tak larat nak dokong dia, nampak je mcm tak besar tapi berat dia... umak aiiii... tangkap tulang belakang wooo... pagi tadi dia bangun dari katil, bawak bantal bucuk, dia pegi tido kat sofa luar plak. alohlaaaa pandai bawak diri anak bujang mami ni. bagus... nnt dah sekolah esok jgn nak mcm² perangai plak ye... jangan nak bawak bantal bucuk tido dalam bilik air lak ye. 

semalam masa kat umh maktok, dia wat perangai. tak menyabar nak guna tab. aku jentik telinga dia. geram sangat dah masa tu. datang marah aku, aku tutup tab, aku ajak balik. melalak dia nak jugak main tab. aku tinggi suara cakap balik. agak kasar jugak la, terus dia salam semua yang ada masa tu. kesian lak aku tgk dia. dia mmg tau, kalu depan orang menjadi² perangai. dah la semalam aku sakit perut, dia plak carik pasal, mmg kena la. dah masuk kete dia soh aku ciyom dia, terus aku touching. hahahaha.... aku cakap sori mami jentik telinga adik, dia wat bodo je. pendam rasa kah? hahahaha

 tak tahulah pesen ape skang ni. asal aku nak amek gambar, mesti gini cara dia. sambil wat lagu tu dia cakap senyummm... aku rasa dia nak wat peace tapi tak jadi. hahahaha

 dan lagi. rambut tu eiiiii.... dah mcm anak amoi mana dik oi.

ko tgk la peel anak aku. kalu dia makan kat luar, aku mesti nak perati sekeliling. sape yang tenampak peel dia mesti ingat mcm tak cukup makan. sementara tunggu mee dia sampai, dia belasah roti dulu. kemain sedap nampaknye sampai penyek idung. 

dik oi... boleh tak jgn nak beriya sangat. kamu ni makan la ape pun... semuanya sedap. pelik betul mami. kadang tgh makan tu kan, sambil suap dalam mulut sambil sebut ermmmmmmm dapnye. kamu ratah kacang panjang pun cakap sedap ke. adoila.... 




14 dok ngomen:

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

hahaha..pendek kata senang nak bawa kke hujung dunia ni semua nyer sedap! :)

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

haha comel la awak ni qausar
sampai penyek2 hidung makan roti

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

haha kalau macam nie senang la

norhidana miswan said...Reply To This Comment

geram aku tgk anak bujang ko kalu mkn...berselera sungguh...

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Hahaha...lawaklah qausar ni .... mummy tak bagi cukup makan ye ..... hehe

lieyalatif said...Reply To This Comment

senagn hidup ko noks heheheeh..dayyan plak aku pening makan nak kene ikut tekak die baru nak makan..carrot wajib.... grapes pun same.... masak mmg kene selit laa carro tkalo nak bagi die mkn byk....

lawak pic makan roti tu.....comel sgt..... tgk le badan qausar mmg sedap bam2...sedap kene polok2 tuh...

adarnadzmie said...Reply To This Comment

suka tgk Qausar yg suka makan... anak akak yg 7 tahun pun makan memilih cam ner tuh... kurus melidi la jawabnya...hehe


Kakzakie said...Reply To This Comment

Senang kalau ajak Qausar kan mana aje tempat makan semua dia makan. Kalau kakak suka:)

Nana Aris said...Reply To This Comment

salam dear,

anak kita sebaya..tapi bulan 9 baru my Adam masuk 2 tahun..tapi akalnya lebih kurang..mcm2 dah akal sekarang ni..hehe

Berminat dengan supplement daripada Shaklee?
Visit http:://ainasuraya.blogspot.com untuk best offer, free consultation & the best service

TQ!

Eye_nee said...Reply To This Comment

Berhiya-hiya dia mkn roti tu beb..sian lah mummy marah..pandai dia pujuk ko yer..suh cium dia...kompom cair ati ko kan...

Cik Ecah said...Reply To This Comment

x bosan pun kak..
kalo pasal dak omeyyy nih hahahha
qausar2 ummmmaaahhh

QasehnyaRania said...Reply To This Comment

mna ada bosan.kalau saya, saya suka n3 yg ada story pasai anak2, sambil bca keletah dorng yg sengih.hihi.terapi minda.

alolo, comeynya la dia makan roti tu..

Amanda Suria said...Reply To This Comment

Qays...kenapa kamu sangat comel eh....mama long rasa macam nak peluk2 gigit2 kamu jer ni...

Amanda Suria said...Reply To This Comment

Qays...kenapa kamu sangat comel eh....mama long rasa macam nak peluk2 gigit2 kamu jer ni...