Tuesday, June 10, 2014

cerita qausar dan jom bali

semalam dak qausar kena marah ngan aku. aku marah betol ngan dia. mcm² peel dia buat kat umh maktok. aku sampai je maktok ngadu itu ini. maid aku ngadu dia pecahkan botol ubat adik qaleef. satu hari asyik melalak je. adoi... aku blom sempat nak duduk pun lagi masa sampai kat umh maktok, dah bejela laporan yang aku dapat. dak qausar memang, kalu kat umh maktok, perangai dia menjadi² sangat. tahun depan hantar taska tak tahulah cemana. kat ngumah elok je pun, aku cakap sekali boleh plak dia dgr. 

aku simpan marah aku sampai masuk kete. dalam kete masa dedi kuar bank in duit, time tu mmg dia kena kaw² ngan aku. aku tanyer dia sambil buntang biji mata. aku tau kalu aku buat camtu dia dah takot. mula muka tunduk minta simpati la konon. cet... mami takkan pujuk. aku cakap sampai rumah nnt mami letak tilam adik kat luar tido ngan momok. jgn tido ngan mami dedi. ko tau dia punyer meraung takot masa tu. aku nak gelak dah tapi aku tahan. dia melalak kuat giler sambil panggil dedi dia. hahaha... aku pun time ni la nak kenakan dia. klu depan dedi dia mmg takkan dapat la. lagi aku yang kena zikir ade la. 

aku ckp adik jgn kawan mami. dia nangis beriya² sambil tangan nak peluk aku. aku tepis aku buat diam bodo, pastu tutup mata. makin kuat la meraungnya. dalam hati mmg kesian tapi aku tak mau manjakan dia sangat. sekurangnya antara aku ngan dedi dia, biar dia ada rasa takot kat salah sorang. 

bila dah nampak dedi dia nak masuk ke kete, aku pun amek la pelok dia. hahaha... aku takot jugak weh. qausar soh qausar diam, letak kepala kat baju aku. dedi dia ingat dia tido sebab muka dia mengadap luar tingkap. pastu dia p kaleh pulak muka dia kat dedi dia. aku rasa dia nak ngadu. eiiiii dah pandai mengadu ok skang. dia akan cakap sape buat dia pastu konon minta dedi pegi marah sape yang buat dia. hahaha... dedi tanyer adik nangis ke. pastu dia jeling kat aku. aku buntang mata terus tak jadi nak mengadu kat dedi dia. hahahaha... kesian anak aku kan. mangsa keganasan mak sendiri. kikiki

aku marah mcm tu pun, tido tetap nak pelok aku. aku letak dia kat tilam dia pun dia naik atas katil nak tido sebelah aku jugak. ooooo time tido kamu nak pelok mami. tapi dah bangun pagi tadi, muka mami pun takmau tgk ye... sampai masa aku hantar tadi pon tak mau pandang aku. masa aku nak pegang tangan dia pun toleh tempat lain. hahaha... makan dalam nampaknye. sori la dik, mami marah bersebab. kalu dari kecik kamu ada rasa takut, harap² sampai ke besar la ye...

harapkan dedi kamu, ermmm... takkan la dik. dedi kalu marah pun paling kuat dia sebut amboi je. tu pun mcm nak tetelan halkum. hahaha... oklah, cerita qausar dah abes. nak citer pasal jom bali plak. aku suker makan kat jom bali sebab menu sedap². amboi... kemain panjang n3 hari ni ye... 

dah lama tak kuar ngan kak bie. ingat kak bie lagi tak? anak kazen aku yang penah aku jaga dolu, yang aku anggap mcm anak aku sendiri. sejak dia dah sekolah ni, susah dah nak ajak pegi mana². ada kesempatan kami akan bawak dia sekali. 

kak bie dah darjah dua. badan kering mcm tu la. makan mmg tak banyak, ada adik pun manja tetap sama. 

dak qasaur kan suker mayonis. so aku order ni utk dia. hari tu plak dia tak sudi nak makan fries ni. aku tibai sorang, abes licin. 

nasi goreng cina utk qausar. separuh pinggan dia makan, separuh lagi aku bedal.

nasi goreng daging dedi punyer. sedap kemain!

nasi goreng ayam kak bie punyer. kak bie kan tak makan byk, dedi belasah kasi abes. 

yee mee sup aku punyer. qausar share ngan aku. dia pun hantu mee jugak. ko bayangkan dia penah minta nak makan mee jam 12 lebih tengah malam. haruuuuu...

tengok kak bie, mesti tgh fikir cemana nak asingkan sayur dalam nasi tu. dia mmg tak makan sayur. buah pun dia tak makan. pelik budak ni, mana tak kurus. dedi gigeh asingkan nak bagi dia ada selera makan. aku pun lupa nak cakap tak mau sayur. ala kak bie... kesian dia. tapi nasib baik jugak la dia makan stgh pinggan. 

tengok budak nakal ni. perut dah kenyang, mata dah kuyu...ada hati gak nak layan upin ipin. padahal mata tu takleh nak celek dah. tu kalu aku biar, mau tesungkur kepala tu atas meja. 

ai... sampai umh hilang ngantok. boleh main lari² ngan kak bie, boleh main basikal lagi. aku soh tido kemain dia hentak basikal tu. kak bie nak tido pun dia marah, melalak mcm ke hape. aku ugut dia, aku cakap aku sayang kak bie sorang, pastu pelok kak bie, terus dia naik atas katil menyelit tengah². hahaha... tau dengki ye. sudahnya dua² hanyut. mcm sonok je tgk qausar ada kawan kat umh. ermm... hajat nak bagi adik kat dia belom ada rezeki lagi..



18 dok ngomen:

licha said...Reply To This Comment

menu yang sangat interesting nampak sedap

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

okeh..panjang juga kali nie..hahahaa...tapi layan aje la anak tu :)

Eye_nee said...Reply To This Comment

Nak mengajar mmg kena garang sikit,...baru dia tauuuuuu...lagi satu jgn ko marah dedi beking..jgn dedi marah ko beking...besarrr kapla dia nnt...apa2 pun tiap ibubapa ada cara tersendiri nak didik anak2 kan...ada pro kontra pendapat dan nasihat org akan bg..kita jgn cepat melenting...mana nasihat yg baik kita kutip yg tidak..ketepikan....Anak kita kita tau nak didik mcm mana..uhh!!! pjg pulak komen...

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

semua makanan looks yuummehhh

Anonymous said...Reply To This Comment

Haha.

Bila baca tajuk, ingatkan qausar p bali.
:p

-dakpink-

msredcheesecake said...Reply To This Comment

sian qausar kene marah... takpe...anak akk pon selalu kena marahngan akk...hhee

Ibu Lala said...Reply To This Comment

Suka jugak makan kat jom bali ni. Menu sedap sedap.

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Sian Qausar kena marah ngan mami ye....tak boleh manja2 sangat tau hehe

Menu tu semua nampak menyelerakan... :)

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Qausar dah faham dan makin cerdik. Tahu siapa yg marah dan sayang dia. Berkawan pun dah pandai...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Lama xmkn kt jom bali..uhuk..
Qausar tnjuk peramgai sbb mak tok dia ada tuh

attyfir said...Reply To This Comment

kty setuju cara niza
kita mmg kena garang dgn anak.
janji tangan jgn naik kat bdn sudah
kalau setakat suara leh dgr satu taman.. bebel2 tu kty rasa wajib
anak2 kty pun takut ngn kty , sbb kalau kty dah marah, makan dalam punyerr.

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

tajuk macam akak pegi bali je hehe...

Nieda Ramly said...Reply To This Comment

semua nampak sedap....
laaaa ingat nak ke Bali pula

lieyalatif said...Reply To This Comment

ololo cian qausar....budak baru nak naik gitu leee beb..mcm2 peel hah..same jek mcm dayyan...tapi dayyan suke aim kakak die....mmg kakak die abis kene gigit, cubit ....aku mmg jadi tarzan betina jek hah heheheeheeh

aku bekenan nasi goreng encik dedi....nampak sedap noks!

wantie said...Reply To This Comment

lama tak dating sini . tetiba rasa dah besar plak dak quasar ni. ngeee

aizamia3 said...Reply To This Comment

Alololo.. Qausar kena marah dengan mami ye.. itulah.. auntie dah cakap nak melasak tu sikit2 sudahlah.. kan dah kena marah..

AL FAJR TRAVEL JOHOR said...Reply To This Comment

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt

ALFAJR TRAVEL & TOURS menyediakan perkhidmatan UMRAH.

CUTI SEKOLAH DISEMBER pada harga dari RM4,790.

Pendaftaran dibuka sekarang.

Layari: umrahjohor.blogspot.com atau www.alfajrtravel.com.my

Hubungi : 07-2344437

Suria Amanda said...Reply To This Comment

ko kalau update bab makanan memang awesome la nok..aku yang kenyang boleh lapar balik...hehehehe