Friday, October 19, 2012

perjalanan terakhir . . .


minta maaf kepada kekawan yang singgah komen n3 smlm dan kekawan lain, 
tak sempat nak skodeng umh uols sbb saya melawat aruah pakcik smlm...


ghazali bin mamat
1943 - 2012

aruah adalah sepupu kepada mak aku. pakcik aku yang ke empat pergi meninggalkan kami pada tahun ini. mereka semua adalah penyeri keluarga, penyeri bila hari raya menjelma. sedih tidak terkata dengan pemergian mereka semua. 

aruah paksu jali jugak rapat dengan aku. seorang yang kelakar dan peramah. kali terakhir aku jumpa dengannya tahun lepas bulan 12, masa adik bongsu aku kawen. masa tu aruah dah start sakit. raya baru² ni sakitnya makin menjadi. mak dah pesan kat aku byk kali soh p melawat. aku plak asyik la ada hal sampai terlupa. bila dapat berita smlm, rasa ralat giler² hanya Tuhan yang tahu. bila mak p melawat aruah masa sakit,  aruah asyik la tanya mana aku. kesal sungguh aku sampai takde masa nak jenguk aruah semasa di rumah anaknya di ampang je pun.

ape boleh buat, takdir dah tentukan aruah meninggalkan kami pada usia 69 tahun. smlm, sedaya upaya aku kejar masa utk melawat jenazah buat kali yang terakhir sebelum di bawa pulang ke kampung utk dikebumikan.

teringat masa aku sempat sekolah di kampung, aruah byk amek tahu pasal aku. pasal sekolah aku, pasal kebajikan aku. maklum... masa aku kecik aku anak manja. aku plak rapat dengan anak² aruah. ape aku minta mesti dapat.

masa kami semua tunggu jenazah dimandikan, cucu aruah  (yg pakai baju sekolah dalam gambar tu) berlari ke mamanya (anak bongsu aruah) dengan muka sedih. terus peluk mama dia. aku dah start touching masa tu...

mama : abang, babah dah takde tau
abang : tau....
mama : babah dah meninggal.. tinggalkan kita buat selamanya
abang : kenapa mama tak cakap babah nak pergi tinggalkan kita, kalau tidak, abang tak pergi sekolah
mama : (dah peluk anak dia seerat²nya..) mana boleh, abang kan ada exam.. abang kena redha babah pergi
abang : tunduk bawah dah start mengalir air mata
mama : abang ok?
abang : abang ok, janji ada mama, janji mama tak tinggalkan abang (menangis seadanya sambil peluk erat mamanya)

uwaaa!!!!! masa ni aku nangis getar bibir tak tau nak cakap dah... sangatlah sedih. semua yang ada kat situ mengalir air mata.. adoi... aku plak pantang tgk orang nangis, makin menjadi la aku... aruah selamat dikebumikan jam 9mlm smlm dikampung halamannya.

semoga aruah dibariskan bersama golongan yang beriman soleh. pakcik jali, tenanglah dialam sana bersama pencipta Yang Maha Esa... 

al-fatihah

30 dok ngomen:

Anum said...Reply To This Comment

al-fatihah buat arwah

Dee said...Reply To This Comment

al-fatihah..moga arwah tenang di sana..

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

Kakcik yang baca pun turut sebak.

Semoga roh allahyarham tenang di sana. Al Fatihah.

mamasuri said...Reply To This Comment

al fatihah..

Sharifah Nadzarah said...Reply To This Comment

alfatihah...utk arwah
moga tenang disana...

Unknown said...Reply To This Comment

sy plak yg meleleh air mata..al-fatihah..semoga roh dicucuri rahmat..aminn

Chik Att said...Reply To This Comment

Alfatihah .....

shida said...Reply To This Comment

Alfatihah...

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

al-fatihah

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Aduhai, sebak sy. Semoga gemulah ditempat di kalangan yg beriman. Takziah untuk awa dan keluarga gemulah.

kurus said...Reply To This Comment

aduhh , meremang bulu roma dan tengkuk akak baca dailog nie dikk .. huhuhu sebaknyeeee , bergenang air mata .. tapi ku tahannn ...

semoga abang kuat dan mama tabah
dan takziah buat arwah pak jali , semoga arwah bersama golongan org beriman dan tenang disana .. aminnn

wahida said...Reply To This Comment

sedihnya...

Al Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...Reply To This Comment

al fatihah, aku pun sedih baca dialog tu.. bergenang air mata.. moga arwah ditempatkan dikalangan org soleh..amin..

Ibu Lala said...Reply To This Comment

al fatihah. moga rohnye tenang di sana dan berada di kalangan orang orang yang beriman.

norhidana said...Reply To This Comment

aku pun sedih la kak baca dialog tuh, nak nngis rsanyer...

alfatihah utk arwah, moga dia ditempatkan ditempat org yg beriman

lizz said...Reply To This Comment

al fatihah
buat arwah pak su jali...moga rohnyer dicucuri rahmat...

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Al-Fatihah...moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin...sya pula yg rasa nak menangis bila baca dialog tu...

qemaishak said...Reply To This Comment

Al-Fatihah moga arwah tenang di sana..
takziah buat family.

Unknown said...Reply To This Comment

takziah..alfatihah

suwara entertainment said...Reply To This Comment

salam takziah buat akak sekeluarga. semoga arwah damai di sana. al-fatihah....

haryati said...Reply To This Comment

salam takziah....ye

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

al-fatihah buat arwah.....

Z.u.r.a and I.w.a.n said...Reply To This Comment

takziah NM...al fatihah..

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

setiap kehidupan pasti akan ada kematian, al-fatihah.

Unknown said...Reply To This Comment

al-fatihah....

sebak juga baca entri Niezza ni, moga rohnya tenang di sana...

ieja amieja said...Reply To This Comment

al fatihah dan takziah buat arwah dan keluarga..touching:(

Anonymous said...Reply To This Comment

alfatihah.........

musang said...Reply To This Comment

innalillah...al fatihah

semoga arwah tenang di sana

syariza09 said...Reply To This Comment

sy baca dialog tu pon dh bergenang air mata...al fatihah

matahati-aishahazhar said...Reply To This Comment

al- fatihah untuk arwah..