Monday, May 30, 2011

menu tengahari ini

 ikan cencaru goreng, kuah asam pedas dan sambal belacan

siput sedut gulai lemak bersama rebung


jom bersedut!!

monday blues minggu terakhir mei

hehehe.... nak selit jugak bambam berusia sebulan lebih


mengantuk, malas, letih, bingung semua ada.. huh!

Friday, May 27, 2011

bukan kenyataan

aku beriya² ke dapur masak ape yang dia mahukan. dengan penuh kasih sayang, aku sediakan juadah yang diminta dengan dipandang manja olehnya dari meja tepi sudut dapur. aku rasa malu tapi dalam hati rasa bertuah sebab dia menjadi milik aku.

selesai makan bersuap, aku terus menghidangkan pencuci mulut utknya sambil melayan cerita yang dihidangkan di tv petang itu.

oh, siaran nora elena rupanya. drama yang menarik perhatian aku tika ini. bertuahnya memiliki seth tan sebagai suami yang cukup segalanya. eh, rasanya nasi goreng yg aku buat tadi tu utk seth tan. naper plak dia ada dlm tv tu..

berpaling pada lelaki yang ada sebelah aku tadi... sentap! aku hanya mimpi doh.....

sedap betul tido rehat tadi... tak sangka plak seth tan kacak tu leh menguasai mimpi aku. hahaha.... rindu fasha sanda tapi kenapa aaron aziz yang masuk dalam mimpi aku? demmmm.. kesian kat fahrin ahmad, lama dah aku tak teringat kat dia... mesti dia kecik hati kannnnnnnnn

aziz al-amin

sape aziz al-amin? dia bukan pakcik saya, bukan juga jiran depan umah saya. tetapi dia adalah pemilik kedai makan yang berdekatan dengan rumah saya dimana kami akan singgah mengisi perut yang kosong dengan menu hidangan yang sangatlah memuaskan nafsu makan kami. seminggu mesti singgah dalam dua tiga kali. ha nampak.... nampak sangat saya kurang ke dapur. hahaha... maklum, berdua kan.. ape la sangat nak dimasak. kalu saya betul² ke dapur, pasti selepas itu en. suami akan terus terbaring kaku sebab kenyang tahap dewa. ha, ai mmg gitu, kalu sekali masak mmg terbaik dari ladang. silalah percaya.. hahaha..

mari buntangkan biji mata dengan menikmati hidangan yang pernah kami order kat kedai pakcik aziz ni. sila tahan nafsu lapar korang ye..

tomyam campur mmg harus order seminggu sekali

sup tulang pun sama. kami kalu order harus minta pedas berapi rapi... baru la power. sampai tukang masak tu tgk kami takut tak tahan pedas. lepas tu mesti dia tegur, tya pedas sangat tak.. mm... kitaorang ni mmg hantu cili la bang.. risau dia takut kami tak leh makan.

 daging masak merah ni ya rabbi... sedap sungguh

ikan kembung tiga rasa 

udang goreng tepung, feveret en. suami

kailan ikan masin 

paling menarik perhatian ai sebab minggu lepas baru ai order abc ni. mmg best giler abc dia cuma takde eskim je. yang menarik perhatian saya sangat, rupa abc ni dah mcm lesung tumbuk plak. hehehe... kesimpulannya, mmg berbaloi la kami jadi kastemer tetap kat kedai makan pakcik aziz tu. kalu tak singgah dalam seminggu, mesti meremang tengkuk terbayang sup tulang dia. huh...

naper lak tetiba ai rindu kat fasha sanda nih? kahkahkah....

Tuesday, May 24, 2011

pecel lele

yu ollss... penah dengar tak pecel lele? ai sebelum ni penah dgr tapi tak pernah tgk ngupenya camner dan apekah itu pecal lele. yang ai tau, kalu tak silap, itu menu org jawa. ye ker? ok, ahad lepas, kami ada ke satu tempat kedai makan kat area kampung changkat. kedai makan ni mmg tesorok habis. nak masuk ke kedai makan tu kena park kete kat area luar dan jln kaki masuk dalam. kalu naik motor leh terus masuk. dgr tmpt ni mmg femes. kalu time keje, penuh ngan org² yg keje pegi makan time lunch termasuklah student UIA.

inilah lalaun utk ke kedai makan tu. melalui kawasan rumah perkampungan. syok la area ni.. suasana dia sejuk je rasanya sebab banyak pokok.

banyak kete yang parking kat blah luar. ini sebahagian kete je yg ai amek.. blah kanan ada lagi tapi lupa nak snap.
motor yang lalu lalang pun memanjang je ada

jom kite masuk

ha... inilah tempat dia.. kedai dia mmg kecik je. ayie, adik ipar ai yang bawak kami makan kat sini. nasib baik kami awal, sebab masa kami tengah mkn tu, ramai student yang dok beratur tunggu meja kosong. ayie cakap, kalu time keje, lagi le ramai yang beratur bawah pokok tu mana ngan nak tapau, mana ngan tunggu meja kosong. masa kami makan, ramai student dari jakarta yg belajar kat UIA dtg mkn.

kedai makan ni nama dia warung bu lis. bu lis ni baik sangat. tgk nama menu pun semua dari seberang

ini nama dia pepes. pepes ni kalu tak silap isi ikan. rasanya mmg mengancam

ini la pecel lele. lebih kurang mcm ayam penyet la bahan² dorang pakai. cuma pecel lele dari seberang ni menu dia adalah ikan keli. uppsss... ai tak makan ikan keli

so ai tukar kepada ayam. yang paling menarik adalah sambal dia. pergghh... minta sambal lebih tu. dah habis makan, sambal tu ai ratah lagik. huissshh... terliur balik dah ni

kopok ni yg menarik perhatian ai. kopok dia tebal. entah ape nama kopok ni pun tak tau. kalu ai yg goreng, mau ai pecah²kan masa nak masuk dalam balang. tapi bu lis guna bekas yang memang besar utk masukkan kopok ni supaya tidak lemau. sedakkkk nih...

puas weh makan sorang. tgk, panjang tak.... hehehehe

ini air soda gumbira. ala... sirap bandung campo eskim soda.. entah kenapa diberi nama sebegitu pun tak pasti. dorang semua minum air ni, ai ngan hubby je tak sebab kami tak berapa suker bandung.

merekalah yang belanja kami hari tu. pak teh dan mak teh ni kawan ayie. dah mcm sedara ngan kami. dorang ni baik sangat. sporting pun ye. pak teh ni mmg klakar orangnye. ada je lawak yang dibuat. pak teh pun dah mengikuti blog ai ni. tapi lom follow lagi.. ok lah yu ollss... tu je nak citer ari ni.


Monday, May 23, 2011

blues ptg isnin



memang betul diam itu lebih baik !

monday b.l.u.e.s


diam itu lebih baik, mungkin

Friday, May 20, 2011

Renungan Jumaat : Mata siapa yang tidak pernah menangis

citer ini menarik. sumber email dari biro agama dan kerohanian opis saya. jom baca

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia". Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat". "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun". Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini". Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!". "Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"  Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" 

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhluk-Nya yang penyayang

periuk belanga

salam jumaat dan selamat pagi buat yu olls... hari ni ai nak share menu makan malam kami semalam. memandangkan hujan lebat turun setiap petang membawa ke malam, kami kuar makan smlm agak lewat . aci giler kol 10.30 mlm baru nak mkn, ai tak kesah sangat pun, tapi hubby la tak boleh tahan lapar. sejak ptg ujan, ai rasa sentap sebab tak dapat tgk nora elena dengan kusyuk. siaran astro biasa la, kejap ada kejap takde. habis bengang ai tutup trus tv. senang citer.

first time try makan kat periuk belanga, platinum walk kat area umh ai. mula tu kami nak makan nasi lemak kat mali's tapi ramai giler manusia kat dalam kedai tu. so kami pusing le cari kedai lain dan hubby kata jom cuba masuk PB. PB ni sebenarnya femes kat danga bay. tgk la buku menu dorang, tertera restoran kat sana.

hujan lebat ke, turun salji ke, sejuk tahap gaban ke, kami berdua mmg tak pernah lekang dengan air batu. usus kami kalu minum air panas akan mengelodak mcm minum air akar kayu rasanya. hahaha...ok, tipu la kalu tak pernah minum air panas. tapi kami berdua lebih cenderung ke arah air sejuk. nak² lagi bagi ai yang ada bela bapak tonsil. hahahaha... tak sedar diri, entah bila nak pi operate.

dimulakan dengan hidangan nasi dan sup kosong. mmm... rasa sup dia agak menarik jugak

disebabkan dah lama tak makan ayam penyet, ai order la menu tu. nak tau ape rasa ayam penyet keluaran periuk belanga ni. hasilnya.... mmg superb! sambal dia mmg terbaik. ayam dia mantop. masak semasaknya dan dia cakap ayam tu kalu ada orang order baru depa goreng. mmg tgh panas pun masa menu tu sampai.setengah tempat, ayam mmg dah siap digoreng, tu yg bila makan rasa tak best. hidangan ini berharga lapan hengget. cop, sambal tu tak cukup utk kami, kami minta tambah sambal. sekali sampai... penuh piring kecik. perli ke... tapi habis ok..

seterusnya hubby order talapia penyet. masa order ai cakap kat hubby, nnt ikan tu sampai mcm hancur plak sebab nama dia penyet. sekali sampai, hu mak ai... mmg mantop weh. berasap ikan tu, baru goreng. tak hanyir dan rasa dia mmg power. hidangan ini berharga tujuh hengget. tak rugi korang try dua menu ni. mmg berbaloi. lain kali kami nak pegi lagi dan try menu lain plak. staff dia pun semua ada budi bahasa. saya bagi 5 bintang penuh. hahaha...

berdepan ngan restoran periuk belanga ni ada flaming steamboat. mmg sebelum ni dengar flaming steamboat ni sedap. tiap kali ai lalu, mmg ramai je manusia kat situ. nnt harus try. jom hubby!


award ni ai dapat dari kak yan. kak yan ni seorang blogger yang mmg kaki travel. suker skodeng blog dia sbb dia pun suker wat n3 pasal makan dan paling ai suker layan citer travel dia. tq kak yan. moga perkenalan ayam maya ini akan terus kekal selamanya. insyaAllah, kalu ada rezeki, teringin nak jumpa akak.

buat follower ai semua, ai tujukan award ini utk yu olls jugak. terimalah...

Thursday, May 19, 2011

kl - kuantan

gambar tak banyak. hubby tak bawak kamera canggeh dia. kali ni dia nak lenggang mak limah je katanya. so gambar² yg ada pakai kamera cap ayam ai hanya gambar² biasa yang tak berapa semangat nak amek masa sebab mmg ai malas nak pegang kamera sangat masa kat saner.

kami rancang nak bertolak jam 8 pagi tapi disebabkan mak lambat siap, kami gerak jam 10 pagi. mak ai kalu nak ke mana² mmg dia yang lambat siap. bukan pasal ape, sebab dia masak nasi lemak dan mihun goreng sebagai bekal kami nnt. mak mmg suker masak dari makan kat kedai. kami singgah di perhentian lanchang utk sarapan. tgk, hubby tgh lapar giler dalam gambar tu... ape yang ayah wat kat belakang tu?

mmm.... ni le keja ayah ai skang. asal jumpa menantu, dia akan guna SG hubby utk download lagu² 60an. SG hubby mmg penuh ngan lagu dolu². skang ni, ayah lagi xtif fb dari anak dia ni. hahaha... gedeban gitu! ayah dalam perancangan nak beli SG jugak. terpengaruh la tu. hahaha.. ayh cakap SG best. mmg pong.. ngeh ngeh ngeh

kami sampai homestay lebih kurang dekat kol 2. banyak betul persinggahan kami sebelum tu. dah sampai homestay, boleh plak ai tak amek gambar. adoiii... homestay kami kat taman tas berdekatan dengan gambang. kalu ai tau blogger kak ieda dan izan berdekatan situ, mmg ai jumpa dorang. ai ingat dorang kat area cherating. adoi... rugi²! mlm tu kami makan malam kat area pekan kuantan kot rasanya. menu kami yang biasa je. setiap satu menu, kami minta 3 hidangan. kami kan ramai. tapi satu hidangan pun mmg banyak. puas hati lah makan malam tu.

tapi malam tu syasya ngan qalesya demam la plak. syasya kalu dia letih sangat mmg dia senang kena demam. qalesya plak mungkin mabuk kereta. itu tekaan pertama kami. tapi ada perkara lain yang terjadi sebenarnya. malam pertama kami kat homestay tu, qalesya terjaga lebih kurang jam 3 pagi menangis beriya². pujuk mcm² gaya semuanya tak kena. tapi bila angah dukung dia dekat ngan pintu masuk umh tu, dia mcm diam. ok, ini citer ada seram skit. sampai mak riba dia dok kat kerusi tepi pintu baru dia diam. esok pagi, bila syasya bangun, dia terus pegang tangan ai, dia cakap semalam dia nampak dua orang budak pompuan rambut kerinting main² kat tepi pintu masuk. aku terus meremang bulu roma. aku tya lagi, budak² tu wat pe kat situ, dia cakap tgh makan. pastu syasya balas cakap ai, dia cakap bukan budak la tapi hantu. ah sudah! aku terus kuar dari bilik tu citer kat semua orang yang ada kat luar. depa semua tercengang. semenjak qalesya menangis malam tu, dia terus tak nak makan, tak nak susu. menangis je yang dia tau. lepas tu dia mcm takut² je kat sana sampai la balik kl. nnt ai sambung citer ni.

sabtu pagi, kami gerak ke surau berdekatan ngan rumah pengantin utk akad nikah. oh lupa nak kasi tau. pengantin lelaki tu kazen saya. mak dia dan ayah ai adik beradik. dengan sekali lafaz, sah mereka suami isteri.

tghari tu mereka bersanding di dewan berkdekatan ngan homestay kami. yang gambar blah kanan pakai baju gold tu adik kembar pada pengantin lelaki. sebelah tu tunang dia. tahun depan adik plak naik pelamin. tahniah pada abang irshahidin dan pasangannya maliniey. semoga kekal ke akhir hayat. kami tak lama kat dewan sebab qalesya wat perangai. asyik muntah je..

ptg tu kami kuar amek angin kat teluk cempedak. ramai jugak time tu. takde ape yang menarik pun kat situ sebab memasing mcm letih pun ada. singgah teluk cempedak, terus teringat kenangan manis menginap di hyatt regency. oh, indahnya bercuti disitu. nak imbau balik klik hyatt 1, hyatt 2, hyatt 3 dan hyatt 4

igt nak makan laksa. ayu kata laksa kat situ sedap. tapi tutup la pulok. kami layan kopok lekor dan lepas tu kami makan malam ikan pari bakar kat area situ jugak.

qalesya sampai skang masih takde semangat. tak mau makan tak mau susu. dia tau hanya nangis je. dulu dia suker kalu kita dokong dan lambung dia. tapi skang bila kita wat mcm tu dia mcm takut.  dia akan pegang erat tangan kita. muka dia cuak giler. lepas tu ayie, baba qalesya telefon la sorang ustaz ni. dah jampi semua, dia cakap ada gangguan kat qalesya. kami agak dah. pastu adik plak cakap balik, kan adik jumpa hantu malam tu. dia kacau qalesya la tu. ustaz cakap benda tu ganggu dia sampai sekat selera makan, ganggu mlm² dan lemahkan semangat dia. kesian qalesya. dia dah tak mcm dulu. dah tak nampak senyum lagi kat bibir dia. kami plan nak bawak dia berubat kat tempat ashraf muslim. leh ai tumpang posing nnt. hahahaha... sempat lagik. kami masih dalam proses berusaha utk pulihkan qalesya balik. kesian tgk dia. dah mcm budak tak bermaya. longlai je skang ni. pipi dan badan dia pun dah susut. sabar ye nak...

gambar hari terakhir kami kat gambang waterpark akan menyusul kemudian.

Wednesday, May 18, 2011

malas

semenjak blogspot bermasalah minggu lepas, ai cukup malas nak hapdet ape² citer. sentap dengan segala komen yang dah berpuluh tu hilang pun satu hal. kesian kan kat kita semua. tapi nak wat camnooo... perkara dah pun terjadi. nak hapdet kesah percutian bersama keluarga ke kuantan pun malas giler nih. hadoi.... datanglah wahai semangat blogger tegar! datanglah meresap ke dalam jiwa ku ini kembali!

ni, follower plak tak dapat nak tgk. ah!!!! lagi sentap ni weh!!! kalu ilang camnooooo????????



Thursday, May 12, 2011

selamat hari batik

kembali bersiaran hari ini, khamis hari batik sedunia. banyak yang best bila datangnya khamis. hehehe... utk memulakan keceriaan pagi ini, mari kita tonton benda² manis yang sedap semoga keceriaan korang semanis donut di bawah ini



ok.. teruskan keje kalian dengan senyuman penuh manis di bibir. tak nau nak stori ape pagi ni. tgh sedap layan nasi lemak sehengget tiga ploh sen. nnt² sambung lagik... baibai!

donut di atas dibeli semasa ke jj wangsa maju smlm. sempat lagi pau shopping ngan en. suami walaupun poketnya hampir tipis. ade ku kesah... ahaksss

Wednesday, May 11, 2011

huhu haha

Hadoiiii.. Letih dh mnggu lama kt bengkel ni. Naik jemu dh aku dok godek samsung ni tk jgk siap lg evo hubby ai tu. Start dok dlm bengkel ni, ai kunyah asam. Pastu pegi petronas yg ada sblh bengkel ni, ai beli mineral water botol kecik. Sejam pastu ai bli kacang, kejap tu pegi lg bli eskim. Stgah jam pastu bli nips dan pegi lg bli mineral botol besar. Kejap lg klu tk siap mmg aku betapa trus dlm petronas tu. Muka dh mcm org keje wat bangunan, melekit badan jgn ckplh. Ni terpandang plak g'ra salon, ada plak rawatan facial.. Ada yg singgah kat situ kang...

hubby tgk je ai dok mengunyah dr tadi. Ai tya nk tak, dia geleng kepala. Susah hati ke wallet akan nipis jap lg? Ala.. Relek la broooo...

no n3


Hari ni ai el sbb byk perkara hendak diselesaikan sblm berangkat ke kuantan jumaat nnt. Esk sy kembali bersiaran spt biasa. Skang berada di bengkel kereta. Mini kuper dan evo harus jumpa doktor pakar. Duit duit duit...

Tuesday, May 10, 2011

terima kasih kepada dia dan dia

bungkusan ini selamat sampai pada jumaat lepas lewat petang dah. nasib baik masa tu ai tak balik lagi. 

FM dari kota london ni ai kirim dari ana suzana yang bercuti bersama keluarga ke paris. pergghh... telan air liur je la tgk n3 dia masa kat sana. semua tempat yang dorang pegi best² belaka. eh, ingat tak ana ni sapa. ala... yg ai menang tudung pearl haya dia tu. hehehe... semenjak itu kami terus berhubung sehinggalah ke sms dan sekali tu dia call ai. suara dia ala...............hai.. sangatlah comel. mcm suara anak² kecil yg manja. tgk la tuannya jugak. kecik molek je. tabing spring la kat dia sebab walaupun tubuhnya kecil molek, tapi pegerakkan dia bersama anak² cukup pantas. nak citer banyak pun tak  guna, silalah ke blog beliau kalu nak tau lebih lanjut. so ana, terima kasih sesangat sebab sudi layan pesanan dari ahkak mu ini. jgn serik yooo..fm ni dah selamat dilekat bersama kekawan dia yang lain kat fridge umh ahkak kau ni. *___*

satu lagi ai kirim kat kawan opis ai nama dia shazana. oh... yg ini bukan dia yang ke dubai, akan tetapi en. suami dia yang kesana atas urusan kerja. hehehe... muka tak malu sungguh aku ni kan. hei... ai  nak kirim duit tau, tapi dia yang tak mau. ai nak cakap ape kan... rezeki jgn ditolak. sebagai balasan, nnt ai belikan dia fm dari australia, eh gedebushhh.. perasan la nak sampai ke sana. hahaha... fm dalam mesia jo yang den mampu. buleh yo sha? ekau tak kesah kan.. yg ini pun den dah lekat sebelah ngan fm dari ana tu. ha.. dok la bekawan korang kat situ yo. tq sha [ucapan sambil angkat tangan tinggi]

ada lagi pemberian dari kawan² yg lain. gambar dalam xternal tak bawak. nnt sambung lagi ucapan terima kasih ni pada mereka² yg lain plaks.

oh ya, fridge kat umh tu dah hampir penuh dengan fm. bila nak amek gambar tempek kat sini pun tak tau. tunggu lah nnt.... bai bai!

Mummysyafie GiveAway

hari ini dimulakan dengan giveaway yg telah ditag oleh ratu siput. makaceh RS sebab sudi tag ai. xceli, mummy syafie ni mmg geng blogger ai pun. masa dia wat n3 pasal GA ni, mmg nak join tapi memandangkan tarikh tutup minggu depan, ai mcm lengah² skit lah. tapi bila dah RS tinggal komen pasal GA ni, ai terus buatlah. nak baca syarat, sila ke blog mummy syafie.

 

dengan ini ai nak tag  ejamaria, ainnoraini dan afazilzura. ha.. silalah buat dengan penuh kasih sayang ye. hehehe... jgn malas, ini GA aje bukan contest pun. sambil tutup sebelah mata pun leh buat. wah, mentang² dah buat. hahaha... hadiahnya adalah ini. pesanan di akhir syarat tuan penaja berbunyi begini "Akhir sekali jangan lupa tinggalkan perkataan "saya nak GA ini" berserta url 'contest' peserta di ruangan komen."  selamat mencuba nasib kepada tiga peserta yg ditag juga utk diri sendiri. baibai!

Monday, May 9, 2011

cuci tekak @ PH

bersiaran lagi di ptg hari. kali ni jom cuci mata semasa kami cuci tekak di pizza hut jumaat lepas. hasil nak elak sesak di jalan pahang, kami masuk sentul, dan akhirnya pujuk rayu dengan suara manja ala² ella terhasil dengan singgah di PH. jom saksikan..

lama sudah tak singgah PH. sebenarnya perasaan terpanggil utk menikmati hidangan 50% yang hari selasa punyer, tapi dah alang² lalu depan mata, cuba jugak lah hidangan utk hari jumaat.

isnin lepas, masa cuti hari pekerja, kami ada ke klang sebab ada kematian pakcik sedara belah en. suami. tu yg tak dapat menghadiri kenduri kawen adik ipar kak jah. kami kan dah lama tak jumpa sedara mara blah en. suami, jadiknya hari tu ramailah sedara mara yang hadir. sampai je kami, habis makcik pakcik tegur encik suami. bukan tegur sebab ape... memasing terkejut sebab dia makin berisi. hahaha... ai suker ai suker. ai rasa bangga sebab suami ai membesar dengan sihatnya. hasil belaan dan jagaan yang cukup rapi, maka terhasil lah kemontokkan yang berlipat kali ganda. baru balance ngan pasangan. kan kan kan.... *____*. ape en. suamiku jawab? katanya senang hati, hidup bahagia mcm ni lah. wah!!! kembang tak tau nak cakap la ai yang ada kat sebelah masa tu. hehehe... nway, takziah kepada izal [kazen hubby] sekeluarga dengan pemergian ayahnya ke rahmatullah. al-fatihah...

motif ai amek gambar mcm tu? saje gedix. 

wajib utk amek gambar tisu, sudu, garfu dan pisau kalu ada. hahaha

mula tu hubby nak order ice blended dan ai nak rasa air asam boi fizz, air batu plak takde masa tu. alahai... ape yg sedap nak diminum tanpa ais? pastu budak yg amek order tu cakap, kalu nak coke ada la yang mmg dah sejuk. so, kami amek coke je la. tapi ai tak habis pun. semacam plak rasanya sebab bukannya sejuk sangat pun.

ini adalah menu utk hari jumaat. creamy carbonara, tapi ai tukar dengan spagheti. patutnya mee dia kan mcm ala² kuehteow gitu.  yg tu ai tak leh blah la... rasa dia semacam. 

ini menu sampingan. harus ada chicken wing sorang dua. 

memandangkan encik suami tak berapa suker creamy carbonara tu, dia order pizza super supreme yang regular utk dia. ai hanya makan satu slice saje sebab perut dah senak giler. ayam pun ai hanya mampu telan seketul saje dan selainnya harus lah ditamatkan oleh encik suami. ha...camner member tak membesar sihat bagai johan. akikikikiki....